Pemandu treler positif dadah, dua beradik maut rumah dirempuh

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu treler positif dadah, dua beradik maut rumah dirempuh
Keadaan sebuah lori yang terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin di Kampung Ketapang Hilir hari ini.

Dua beradik maut selepas kediaman mereka dirempuh sebuah lori yang terbabas di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin di Kampung Ketapang Hilir di sini hari ini.

Mangsa yang maut ialah Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 33, yang meninggal dunia di tempat kejadian dan Mohd Waldon Faris Nasruddin,25, yang meninggal dunia di hospital.



Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu berlaku ketika sebuah lori yang membawa muatan siling kapur dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, lori yang dipandu lelaki berumur 40 tahun semasa melalui selekoh ke kiri telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah rumah yang berada di sebelah kanan jalan.

“Akibat kejadian seorang wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat lagi penghuni rumah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, seorang mangsa lelaki berusia 25 tahun yang dibawa ke Hospital Pekan meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 tengah hari ini.



Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan sedang giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan ujian saringan awal yang dijalankan oleh pihak Hospital Pekan mendapati pemandu lori positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu loru yang cuai semasa memandu lalu hilang kawalan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

“Pemandu lori akan ditahan reman sebaik sahaja rawatan selesai dan ujian saringan awal air kencing akan dilakukan di Balai Polis Pekan,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button