Penghantar makanan geli tengok flat kotor, tikus ‘berpesta’

Oleh – Syeikh Baran


Penghantar makanan geli tengok flat kotor, tikus ‘berpesta’
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan tikus berkeliaran di tangga di sebuah flat.

‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar.”

Demikian keluhan penghantar makanan @Shazam menerusi kapsyen video yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan sekumpulan tikus ‘berpesta’ di tangga dengan sampah tidak terurus di sebuah flat.



 

Menurut Shazam, dia terpaksa melalui tangga yang kotor dan penuh dengan tikus untuk menghantar makanan ke rumah pelanggan memandangkan pesanan dibayar secara tunai.

“Ni (naik tangga) sebab bayar tunai, kalau tidak saya letak kat bawah dan suruh pelanggan ambil sendiri.

“Rumah ini tak ada (tidak dilengkapi) lif dan hanya mempunyai empat tingkat,” katanya ketika menjawab pertanyaan orang ramai di ruangan komen.

Di rungan komen, orang ramai meluahkan rasa jijik dan geli dengan keadaan di flat tersebut yang sangat kotor.

“Kenapa tong sampah letak dekat tangga memang banyak la tikus,” tulis Nana_H_Dean.



“Kalau aku memang menjerit dah rasanya, benda paling geli tikus. Ekor dia saja buat aku loya tekak,” komen Lyn.

Video berdurasi 17 saat itu mendapat sebanyak 899,700 tontotan dan 45,000 tanda suka.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button