Polis buru 2 lelaki, disyaki dihantar along campak bom petrol di Ayer Tawar

Polis buru 2 lelaki, disyaki dihantar along campak bom petrol di Ayer Tawar

Polis buru 2 lelaki, disyaki dihantar along campak bom petrol di Ayer Tawar
KEADAAN kenderaan yang terbakar selepas terkena bom petrol dilempar 2 lelaki. – FOTO ihsan pembaca

MANJUNG: Polis memburu dua lelaki untuk membantu siasatan kes khianat dengan api membabitkan kebakaran sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di sebuah taman perumahan di Ayer Tawar, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata Balai Polis Ayer Tawar menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan tentang kebakaran itu pada jam 4.45 pagi Selasa lalu.

Menurutnya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi mengesan kelibat dua lelaki memakai pelitup muka berjalan ke arah rumah pengadu.



“Mereka dilihat melemparkan nota ugutan bersama satu plastik mengandungi cecair bahan bakar dan salah seorang daripada suspek membaling satu bom petrol ke arah belakang Toyota Hilux terbabit menyebabkan kebakaran.

“Mereka kemudian melarikan diri, manakala kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh ahli keluarga pengadu. Kejadian disyaki berpunca daripada salah seorang ahli keluarga mangsa membuat pinjaman tidak berlesen dengan along.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis




“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang Januari hingga Julai tahun ini, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung membuka sebanyak 16 kertas siasatan berkait kes khianat simbah cat dan khianat dengan api membabitkan enam tangkapan.

“Pada masa sama, Bahagian Jenayah Komersial IPD Manjung membuka empat kertas siasatan berkait peminjam wang tidak berlesen dengan membabitkan lima tangkapan,” katanya menasihatkan orang ramai tidak terjebak pinjaman wang tidak berlesen untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian khianat berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 bagi membantu siasatan.



Polis buru 2 lelaki, disyaki dihantar along campak bom petrol di Ayer Tawar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button