Polis tolak dakwaan terlepas pandang aktiviti perjudian di JB
Polis tolak dakwaan terlepas pandang aktiviti perjudian di JB
JOHOR BAHRU: Polis menolak dakwaan terlepas pandang aktiviti perjudian di sebuah premis telekomunikasi di Kampung Dato’ Sulaiman Menteri di sini, seperti ditularkan sekumpulan penduduk perkampungan itu menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata pihaknya sudah melakukan empat siri serbuan di premis berkenaan sebelum ini sejak awal tahun lagi.
Katanya, serbuan pertama dibuat pada 5 Januari 2024 dan polis berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun bersama wang rampasan berjumlah RM210.
“Serbuan kedua dilakukan pada 15 Februari 2024 dan polis berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun bersama wang rampasan sejumlah RM80.
“Bagi serbuan ketiga dilakukan pada 27 Februari 2024 dan polis berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun bersama wang rampasan RM335 manakala bagi serbuan keempat pada 27 Jun, polis menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun bersama wang rampasan sejumlah RM62,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Iran Berikrar Tuntut Bela Pembunuhan Ismail Haniyeh
- Perdana Menteri Kecam META Kerana Turunkan Hantaran Takziah
Sebuah video TikTok dikenalpasti semalam mendakwa polis tidak mengambil tindakan sesuai terhadap aktiviti perjudian hingga mengakibatkan penduduk bertindak sendiri dengan menyerbu premis
Raub mengesahkan jam 12 tengahari hari tadi pihaknya mengesan sebuah video tular di TikTok berkaitan kejadian sekumpulan penduduk kampung berkumpul di hadapan sebuah kedai telekomunikasi bagi membanteras aktiviti perjudian.
Menurutnya, video berkenaan memaparkan sekumpulan penduduk Kampung yang mendakwa polis terlepas pandang aktiviti perjudian di kawasan terbabit sehingga mereka terpaksa bertindak sendiri.
Mengulas lanjut berkaitan empat serbuan sebelum ini, Raub berkata, pihaknya membuka sebanyak dua kertas siasatan mengikut seksyen 4a(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun.
Menurutnya, sebanyak dua lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4b(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 memperuntukkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lagi Satu Kes Pemimpin NGO Yang Kononnya Pro Palestin Terlibat Dalam Kes Salah Laku
- Calon PN Di Naik Taraf Dari Bekas Anggota TLDM Kepada Ustaz
- DUN Nenggiri – Tekanan dan bebanan dibahu PAS, bukan kepada UMNO
Mahathir Keluar IJN, Siasatan Scorpene Pun Turut Di Buka Semula
hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan penjara tidak lebih lima tahun.
Katanya, daripada jumlah tangkapan tersebut, seorang lelaki warga tempatan dituduh di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 pada 30 Mei 2024 dan dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara manakala tiga lagi kertas siasatan dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan pertuduhan.
“Pihak polis juga mengambil tindakan pemotongan bekalan elektrik
ke atas premis tersebut pada 22 April 2024 dan sehingga kini tiada lagi penyambungan semula bekalan elektrik diluluskan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tindakan mencegah aktiviti perjudian tanpa lesen di premis itu.
“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket perjudian dan sentiasa komited dalam memastikan tiada sebarang bentuk aktiviti seumpamanya bertapak di negeri Johor.
“Tindakan penguatkuasaan menyeluruh ke atas aktiviti perjudian
tanpa lesen akan terus dipergiat membabitkan semua aspek termasuk
pemotongan bekalan elektrik di bawah peruntukan Seksyen 21a akta
Rumah Judi Terbuka 1953.
“Justeru, polis selatan menyeru kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti perjudian boleh menghubungi terus di talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323,” katanya.
Polis tolak dakwaan terlepas pandang aktiviti perjudian di JB
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?