Syarikat treler rempuh rumah, dua mati perlu tindakan tegas

Oleh – Syeikh Baran


Syarikat treler rempuh rumah, dua mati perlu tindakan tegas
Rumah mangsa rosak teruk akibat dirempuh treler. FOTO Ihsan Polis

Pemilik syarikat treler yang terlibat dalam insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian dua beradik di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan, kelmarin, harus bertanggungjawab dan dikenakan tindakan tegas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sudah tentu tindakan tegas diambil bukan sahaja terhadap pemandu yang telah direman tetapi kepada syarikat treler tersebut.



“Dalam kes ini saya juga mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengambil tindakan pendakwaan terhadap pemilik syarikat kerana pemilik lesen itu ada tanggungjawab kerana mereka lalai membiarkan kemalangan berlaku dan ia terletak dibahu pemilik syarikat.

“Saya merakamkan takziah kepada keluarga. Agak malang kerana kedua- duanya berada dalam rumah mereka dan dilanggar sebuah treler terhadap rumah mereka. Kemalangan ini cukup malang,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban hadir pada Majlis Minum Petang Bersama Pelajar Cemerlang Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2023 Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain dikenakan pendakwaan, pemilik syarikat treler terlibat juga turut berdepan dengan penggantungan lesen.



Kelmarin, seorang pemandu treler dipercayai di bawah pengaruh dadah merempuh sebuah rumah menyebabkan dua beradik maut iaitu Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 33 dan Mohd. Waldon Faris Nasruddin, 25.

Hari ini, lelaki berusia 40 tahun itu telah ditahan reman selama empat sehingga Rabu depan oleh Mahkamah Majistret Pekan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button