Treler bawa muatan air mineral terbabas, pemandu maut

Treler bawa muatan air mineral terbabas, pemandu maut

Treler bawa muatan air mineral terbabas, pemandu maut
Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan di KM 70 Gua Musang-Kuala Krai, semalam. NSTP/Paya Linda Yahya

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut apabila treler yang dipandunya terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terbalik di bahu jalan di Kilometer (KM) 70 Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam.

Ketika nahas kira-kira jam 10.30 pagi itu mangsa, Raduan Hussain, 57, yang berasal dari Bachok meninggal dunia di tempat kejadian apabila patah tulang rusuk dan cedera pada dada.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan air mineral itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.



“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu treler itu hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Akibat kemalangan itu treler yang dipandu terbalik di bahu jalan di laluan bertentangan dan maut di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mulakan Tuntutan RM100 Juta Ke Atas Jailani Khamis




Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

“Siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang ada maklumat boleh membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 012-4027283,” katanya.

Treler bawa muatan air mineral terbabas, pemandu maut

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button