ADUN Rembia masa lompat tidak fikir tentang anak bini?

Oleh Adam Malik

ADUN Rembia tidak fiikr tentang anak bini sebelum melompat?

ADUN Rembia , Muhamad Jailani Khamis tidak perlu bising dan kecoh dengan saman RM100 juta dari UMNO.



Saman RM100 juta itu bukan datang setelah Jailani melompat kepada parti PAS, tetapi telah wujud dalam Akujanji SD sebelum Jailani melompat lagi seperti kata Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi

Apakah Jailani terlalu jahil untuk tandatangan SD tanpa membaca isi kandungan nya?

Atau, mungkin begitu seronok dapat jadi calon pilihanraya sehingga tidak sempat membaca apa yang dipersetujui dalam SD yang ditandatangan ketika dilantik menjadi calon.

Untuk Jailani pamir kebodohan dengan ucapan jika kena saman dari UMNO lalu jadi muflis dan benkrap siapa yang hendak beri anak bini makan, itu sepatutnya difikirkan oleh Jailani sebelum melompat,bukan setelah melompat.



Sesal kemudian tidak berguna.

Semua calon UMNO sememang perlu tandatangan akujanji tidak melompat sebelum dilantik jadi calon,maka tiada kerja anaya dari umno selain ADUN Rembia anaya diri sendiri.

Ada beberapa lagi Ahli Parlimen masih ada dalam Parti UMNO walau jiwa dan kesetian mereka ada pada Parti Bersatu dan Muhyiddin masih tidak melompat ,kerana ikatan akujanji yang telah ditandatangan mengikat mereka.



UMNO dijangka akan mudah perolehi kemenangan dalam mahkamah dalam hal saman RM100 juta ini kerana satu kes contoh yakni “precedent case” yang sama telah ada dan kemengan mudah kepada yang saman.


Bekas ahli PKR Zuraida Kamaruddin telah diarah oleh mahkamah supaya bayar kepada Parti PKR sebanyak RM10 juta kerana melanggar syarat yang mengikatnya dengan parti PKR.

Maka,tidak perlu lah Jailani cuba meracuni rakyat dan berlagak jadi mangsa dalam isu ini, atau “play victim” kerana seperti kara Ahli MKT UMNO, Dr Puad Zarkashi ,Jailani sendiri telah anaya diri sendiri.



Yang sepatut Jaiani mohon bantuan adalah dari Parti PAS .

Minta lah PAS selesaikan masalah saman RM100 juta ini dengan membuka tabung.

PAS atau Takiyuddin Hassan tidak boleh cuci tangan dan perlu bantu ADUN Rembia ini.

Jangan hanya seronok dapat ADUN cara kotor.



Apapun masalah ADUN Rembia ini adalah masalah sendiri cari penyakit dn semoga tidak menyusahkan rakyat.atau merakyatkan masalah peribadi.

Ini kerana wakil rakyat sepatut selesaikan masalah rakyat dan bukan rakyat yang seharus selesaikan masalah wakil rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button