Agensi kerajaan, GLC diseru sokong bangunkan ekonomi digital Sabah

Agensi kerajaan, GLC diseru sokong bangunkan ekonomi digital Sabah

Agensi kerajaan, GLC diseru sokong bangunkan ekonomi digital Sabah
GAMBAR hiasan. Bandar raya Kota Kinabalu. FOTO arkib NSTP

Kota Kinabalu: Agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah diseru bekerjasama menyokong usaha kerajaan negeri membangunkan sektor ekonomi digital dan teknologi telekomunikasi yang kini menumpukan kepada usaha membawa masuk lebih banyak teknologi terkini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata perkongsian strategik itu penting bagi menjadikan negeri dan negara ini berpendapatan tinggi menjelang 2030 melalui ekonomi digital, selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Penglibatan agensi kerajaan dan GLC amat diperlukan bagi menyokong inisiatif lain seperti bandar pintar, hubungan pintar luar bandar, kampus pintar, pertanian pintar, pendidikan pintar dan bangunan pintar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Beliau berkata dalam memperkasa pendidikan dengan teknologi digital, kerajaan negeri telah melancarkan Portal Tajaan Pendidikan Sabah yang menggabungkan semua penaja utama pendidikan di negeri itu melalui satu portal bagi memudahkan pelajar mendapatkan tajaan.

“Ini adalah inisiatif kerajaan negeri di bawah SMJ dalam memperkasa bantuan kepada anak-anak Sabah terutama kepada pelajar yang melanjutkan pengajian tinggi. Kecemerlangan pendidikan akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kehidupan rakyat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?




Sementara itu, Mohd Arifin berkata, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam merealisasikan agenda kerajaan ke arah memperkasa, meningkatkan kecemerlangan dan mutu pendidikan di negeri itu.

“Usaha ini termasuklah menambah baik dan meningkatkan lagi prasarana pendidikan di negeri ini, seiring dengan komited kerajaan negeri dalam melahirkan modal insan berkemahiran, cemerlang dan mampu bersaing” katanya.

Agensi kerajaan, GLC diseru sokong bangunkan ekonomi digital Sabah

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button