Beruang matahari curi cempedak ditangkap

Oleh – Syeikh Baran


Beruang matahari curi cempedak ditangkap
Beruang matahari betina yang berjaya ditangkap Perhilitan di Kampung Banho, Kemaman semalam.

Kerisauan penduduk Kampung Banho di sini tentang ancaman seekor beruang matahari yang menceroboh kebun mereka sejak Khamis lalu berakhir apabila haiwan liar tersebut berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) semalam.

Haiwan dilindungi seberat 50 kilogram (kg) tersebut masuk perangkap yang dipasang Perhilitan sejak Jumaat lalu.



 

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, sebelum ini, pihaknya menerima aduan penduduk tentang kelibat beruang matahari terbabit berkeliaran di kawasan perkampungan itu khususnya kebun buah-buahan.

“Beruang matahari itu mungkin tertarik dengan buah cempedak, rambutan dan manggis di kebun penduduk yang sedang bermusim pada masa ini.

“Pemeriksaan mendapati haiwan liar itu dalam keadaan sihat dan ia akan dilepaskan ke habibat asalnya di hutan berhampiran pada masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sementara seorang penduduk, Tengku Mohamad Tengku Chik, 73, berkata, sebelum ini banyak buah cempedak, rambutan dan manggis di kebunnya rosak dipercayai dimakan beruang matahari berkenaan.



Katanya, pada mulanya dia menyangkakan kebunnya diceroboh kera sehinggalah perasan banyak kesan cakaran pada pokok-pokok buah-buahan berkenaan.

“Sebahagian struktur pagar yang dipasang di kawasan kebun juga runtuh. Tak mungkin kerja kera, saya pasti ia perbuatan haiwan lebih gagah iaitu beruang matahari,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button