Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap

Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap

Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap

 

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Itulah yang berlaku kepada ADUN Rembia yang bakal menjadi bekas ADUN Rembia dan bakal menghadapi saman RM100 juta.



Tetapi agak pelik, beliau menuding jari kepada parti UMNO bila parti tersebut menuntut hak, atar persetujuan dan perjanjian beliau sendiri.

Beliau menganggap tuntutan UMNO sebanyak RM100 juta yang sedang didepaninya kini bertujuan untuk menjadikan dia muflis.

Mengakui dia akan berdepan dengan isu kewangan jika tuntutan tersebut dipenuhi.

Jailani bagaimanapun berkata, dia akan tetap memberi komitmen terhadap keputusannya menyertai PAS.



Kerana kononnya sedar ia adalah harga yang perlu dibayar kerana meninggalkan UMNO/BN.

“Saya masuk PAS, saya dapat ugutan saman RM100 juta.”

“UMNO nak bankrapkan saya.”

“Apa yang saya nak beri anak saya makan?”



“Tetapi tuan-tuan, ini soal pendirian dan pegangan.”

“Disebabkan UMNO ingin berkawan dengan DAP, maka saya memilih untuk bersama perjuangan PAS,”  katanya ketika berceramah di Meranto, Gua Musang.

UMNO sudah menghantar surat tuntan (LOD) kepada Jailani ekoran tindakannya melompat ke PAS baru-baru ini.

Perkara ini telah disahkan oleh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi pada 3 Ogos yang lalu.



Menurut DS Zahid, ia merupakan langkah awal bagi parti berkenaan mendapatkan pampasan sebanyak RM100 juta daripada Jailani.

Jailani menegaskan tindakannya meninggalkan UMNO baru-baru ini adalah disebabkan prinsip perjuangan.

Apa sebenarnya prinsip perjuangan parti Jailani?

Melompat dari satu parti kepada parti yang lain?



Jailani sebelum ini adalah ahli UMNO, kemudian menyertai PKR dan berubah menjadi ADUN Bebas dan kemudiannya menjadi ahli UMNO semula.

Dan terkini, kerana digantung keahlian UMNO, beliau melompat ke PAS pula.

Inikah yang dikatakan sebagai orang yang mempunyai prinsip perjuangan.

Bukankah setiap parti mempunyai dasar dan perjuangan yang berbeza.



Lagi pun, bukankah beliau sendiri yang telah menandatangani Surat Akujanji tanpa ada sebarang paksaan.

 

Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button