Johari Abdul Ceritakan Pengalaman Di Hari Pembunuhan Ismail Haniyeh Di Iran

Johari Abdul Ceritakan Pengalaman Di Hari Pembunuhan Ismail Haniyeh Di Iran

Johari Abdul Ceritakan Pengalaman Di Hari Pembunuhan Ismail Haniyeh Di Iran

 

YDP Dewan Rakyat, Johari Abdul, berkongsi pengalaman beliau di Iran di hari pembunuhan Ismail Haniyeh.

“Saya cuma tersedar Haniyeh telah terbunuh apabila melihat pergerakan tentera cukup banyak.”



“Saya bertanya apa terjadi dan mesej datang bertalu-talu bahawa Ismail Haniyeh dibunuh di rumah,” jelas beliau.

Beliau juga berkongsi pengalaman pertemuan terakhir beliau dengan Allahyarham Ismail Haniyeh sebelum terbunuh.

Johari bertemu dengan Ismail Haniyeh ketika menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baru iaitu Masoud Pezeshkian di Tehran.

Ketua biro politik Hamas itu sempat berpesan supaya perdana menteri meneruskan perjuangan untuk Palestin.



“Habis sahaja upacara angkat sumpah beliau (Haniyeh) menoleh ke belakang.”

“Ketika melihat saya, soalan pertama dia tanya, how is Anwar Ibrahim?”.

“Haniyeh berpesan supaya sampaikan kepada Anwar untuk teruskan perjuangan,” kongsi Johari ketika berucap di Malam Solidariti Palestin, di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Malaysia Kekal Bersama Rakyat Palestin

 



Dalam majlis yang sama, Anwar berkata beliau kehilangan kata-kata ketika mendapat perkhabaran sedih itu.

“Demikian kenyataan politik hari ini.”

“Saya tidak mampu berbicara, hati saya juga luka.”

“Pesan juga daripada sahabat saya, Ismail Haniyeh.”



“Saya juga bingung, apa lagi yang mampu aku lakukan?”

“Kita tidak ada pilihan.”

“Siapa kata saya berani sangat?”

“Tapi saya hanya mewakili saudara-saudara menjalankan tanggungjawab.”



“Saya terfikir dan bimbangkan nasib rakyat dan negara.”

“Saya mahu Malaysia ini gagah, ekonominya hebat dan politiknya stabil, rakyat bersatu-padu dan maju.”

“Tapi saya juga ada perikemanusiaan dan tidak mahu rakyat dizalimi dan orang Palestin dijadikan hamba abdi.”

“Maka, saya bertanggungjawab bersama saudara-saudara, bangkit memperjuangkan rakyat Palestin.”



“In Sya Allah, kita akan lakukan sedaya upaya kita dan suarakan pandangan kita tidak kira depan sesiapa.”

“Kita akan bantu yang sakit, sama ada dirawat di sana atau dibawa ke mari untuk diberikan rawatan.”

“Kita akan teruskan tanpa tolak ansur.”

“Kerajaan akan peruntukkan dana.”

“Saya bincang dengan Gabenor Bank Negara Malaysia.”

“Sementara kita bekerjasama dengan semua kelompok termasuk pihak berkuasa Palestin, kita berjumpa Mahmoud Abbas.”

“Kita tetap pertahan hak HAMAS sebagai pejuang dalam gerakan membebaskan hak Palestin dan Gaza,” ucap Anwar.

 

Johari Abdul Ceritakan Pengalaman Di Hari Pembunuhan Ismail Haniyeh Di Iran

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button