Pemain bola sepak diburu bawa senjata tajam dalam padang

Oleh – Syeikh Baran


Pemain bola sepak diburu bawa senjata tajam dalam padang
Gambar tular memaparkan seorang pemain bola sepak didakwa menggunakan kerambit dalam pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak.

Seorang pemain bola sepak yang didakwa membawa senjata tajam ketika perlawanan di KLFA Football Centre, Desa Melati, di sini, semalam sedang dikesan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada pengadu lelaki tempatan berusia 23 tahun pada pukul 2.21 pagi tadi.



Katanya, ketika kejadian pengadu memaklumkan berlaku perselisihan faham antara pasukan pengadu dan pasukan lawan.

“Pengadu mendapati pemain daripada pihak lawan telah membawa masuk senjata tajam ke dalam padang dan mengacukan kepada salah seorang pemain daripada pasukannya.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat sedang dilakukan bagi siasatan lanjut.

“Sementara itu, tiada kecederaan dilaporkan berlaku ketika pergaduhan malam tadi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.



Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pemain bola sepak dari pasukan Farouk FT mencetus kekecohan apabila didakwa membawa senjata seperti kerambit ketika di dalam satu perlawanan bola sepak.

Pemain berkenaan didakwa sanggup bertindak di luar kawalan dengan menggunakan barangan tajam apabila tercetus pergaduhan antara mereka ketika perlawanan berkenaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button