Ringgit Mengukuh, Langau Menjauh

Ringgit Mengukuh, Langau Menjauh

Ringgit Mengukuh, Langau Menjauh

 

Alhamdulillah, setelah kerajaan berusaha dengan gigih, akhirnya matawang Ringgit sudah mula menunjukkan tanda positif.

Terkini, nilai Ringgit bagi setiap 1USD dilaporkan berada pada kadar RM4.43.



Malah turut melegakan kita semua, nilai Ringgit dilaporkan mengukuh berbanding matawang serantau.

Ringgit kini lebih kukuh dibandingkan dengan Dollar Singapura, Thai Baht, dan Rupiah Indonesia juga,

Dalam artikata lain, nilai Ringgit mula mengukuh bukan semata-mata dengan nilai USD.

Tapi macam biasa, masih ada lagi langau-langau yang tidak puas hati dan membuat pelbagai tuduhan.



Kita pun tidak tahu apa sebenarnya yang mereka inginkan.

Ringgit naik tidak puas hati, Ringgit jatuh pun tidak puas hati.

Pengukuhan Ringgit kerana kebijakan Bank Negara Malaysi (BNM) juga.

BNM mengekalkan kadar OPR ketika negara lain semua naikkan kadar faedah kerana mengikut dasar Amerika Syarikat.



Memanglah kesan awalnya, nilai Ringgit melemah buat sementara waktu.

Tetapi kini, keputusan bijak BNM telah mula menampakkan hasil apabila dalam beberapa hari kebelakangan ini, nilai Ringgit semakin mengukuh.

Tidak dapat dinafikan dasar yang tepat ini telah menarik keyakinan pelabur asing.

Kini berita-berita pelaburan masuk mulai rancak untuk pemulihan ekonomi di Malaysia.



Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah MITI mesti merealisasikan berita tersebut supaya dapat hasil yang dirancang.

Kerana pengukuhan nilai matawang yang terkesan dari perubahan OPR hanyalah bersifat sementara.

Sekarang ringgit memang mengukuh berbanding kebanyakan mata wang negara lain di dunia dan rantau ni.

Kalau rancangan ekonomi dapat dilaksanakan dengan baik tidak mustahil kita boleh kembali memintas negara-negara serantau.



Kepada kluster yang secara semborono mengkritik kerajaan, kalau pun tidak mahu menyumbang, janganlah pula menabur cerita yang karut marut.

Seperti pepatah orang-orang tua, kalau tidak mahu jadi garam yang memulihkan, jangan pula jadi langau yang merosakkan.

 

Ringgit Mengukuh, Langau Menjauh

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button