14 dituduh miliki bahan penerbitan agama bertentangan hukum syarak

Oleh – Syeikh Baran


14 dituduh miliki bahan penerbitan agama bertentangan hukum syarak
Sebahagian individu yang dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat untuk pertuduhan miliki bahan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak, hari ini.

Seramai 11 lelaki dan tiga wanita dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Semua tertuduh didakwa memiliki bahan penerbitan agama bertentangan hukum syarak dan mengingkari pihak berkuasa agama.



Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie Mohd Syahir Sahab.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 13(1) (b) dan Seksyen 9 Enakmen Jenayah Negeri Johor 1997. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya selain tindakan pelucutan hak dan hadir kaunseling.

Mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap kesalahan dengan dua penjamin.

Prosiding hari ini bagi memindahkan kes mengikut daerah masing-masing selari dengan Seksyen 67 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2003. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button