Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur

Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur

Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur
TENGKU Zafrul menyampaikan ucapan pada majlis Pecah Tanah Kampus Cyberjaya kedua (KUL2) di Kampus KUL2. FOTO Rohanis Shukri

Cyberjaya: Pengukuhan ringgit mencerminkan asas ekonomi dan dasar negara yang padu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata walaupun terdapat keputusan yang sukar dalam pelaksanaan dasar tetapi ia telah menghasilkan keyakinan dalam kalangan pelabur asing dan juga tempatan.

“Melihat kepada pasaran modal dan pasaran saham, ia menunjukkan pelabur yakin dengan prospek Malaysia, di samping pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku pertama dan anggaran suku kedua lebih tinggi pada kira-kira 5.8 peratus. Semua ini adalah asas kepada pengukuhan ringgit,” katanya semasa ditanya mengenai prestasi ringgit.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah kampus kedua Vantage Data Centers, di sini, hari ini.

Menurut pakar ekonomi, ringgit mencatatkan kenaikan amat memberangsangkan tahun ini, meningkat 4.1 peratus berbanding dolar AS.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?




Tengku Zafrul berkata dengan usaha gigih kerajaan beliau optimis negara dapat mencapai sasaran pertumbuhan KDNK empat hingga lima peratus pada tahun ini.

“Kita menyaksikan peningkatan perdagangan sebanyak 8.4 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan pelaburan meningkat sebanyak 13 peratus.

“Jika kita dapat mengekalkan (trend ini), kita sepatutnya dapat memenuhi sasaran pertumbuhan KDNK sebanyak empat hingga lima peratus tahun ini,” katanya.



Bagaimanapun, beliau mengakui kenaikan ringgit ketika ini sebahagiannya disebabkan oleh kelemahan dolar AS ekoran laporan pekerjaan yang kurang memberangsangkan dan prospek kemungkinan penurunan kadar faedah di ekonomi terbesar dunia itu.

Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button