Datuk saudara pegang perut budak buang angin terlanjur sampai …

Oleh – Syeikh Baran


Datuk saudara pegang perut budak buang angin terlanjur sampai …
SEORANG lelaki (baju putih) direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Gerik kerana didakwa mencabul cucu saudara dalam kejadian di Kenayat, Gerik beberapa bulan lalu.

Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik hitam apabila menjadi mangsa cabul datuk saudaranya dalam kejadian di sebuah pondok di Kampung Kenayat dekat sini.

Perbuatan keji lelaki berusia 54 tahun itu terbongkar selepas kanak-kanak berusia enam tahun itu memberitahu ibunya berkaitan kejadian tersebut.



Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, ibu kanak-kanak terbabit yang menyedari perubahan sikap anaknya telah bertanya kepada mangsa sebelum dia memaklumkan bahawa kemaluannya dipegang datuk saudara.

Katanya, mangsa memberitahu kejadian itu berlaku di sebuah pondok rehat yang terletak di hadapan rumah.

“Kejadian cabul itu berlaku antara Mac dan April lalu di mana suspek dikatakan mengurut perut mangsa bagi tujuan ‘membuang angin’ sebelum bertindak meraba kemaluan kanak-kanak itu.

“Mangsa cuba melawan namun telah diberi amaran oleh suspek. Disebabkan bimbang diapa-apakan, mangsa hanya bertindak mendiamkan diri,” katanya di sini hari ini.



Menurut beliau, siasatan awal mendapati, perbuatan itu dilakukan berulang kali oleh suspek dan mangsa pula takut untuk memberitahu ibunya mengenai kejadian tersebut.

Katanya, susulan laporan polis dibuat ibu mangsa, tangkapan dijalankan ke atas suspek yang juga penganggur itu semalam.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Gerik hari ini dan permohonan reman selama tujuh hari dibenarkan mahkamah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button