Dua pegawai ditangkap makan rasuah komputer RM14,000

Oleh – Syeikh Baran


Dua pegawai ditangkap makan rasuah komputer RM14,000
DUA pegawai kanan sebuah syarikat swasta direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM14,000 sebagai dorongan melantik dan mendapatkan kerja pembekalan peralatan serta kelengkapan komputer.

Dua pegawai kanan sebuah syarikat swasta direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM14,000 sebagai dorongan melantik dan mendapatkan kerja pembekalan peralatan serta kelengkapan komputer.

Perintah reman selama tujuh hari itu dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali terhadap dua suspek lelaki itu bermula hari ini sehingga 12 Ogos depan selepas menerima permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini.



Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an itu telah ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara Januari hingga Mac 2023 dengan memperoleh suapan secara pindahan wang ke akaun bank masing-masing.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek telah meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 daripada pembekal sebagai dorongan melantik dan mendapatkan kerja pembekalan peralatan serta kelengkapan komputer untuk syarikat swasta tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button