Isu Tersasul Zahid Yang Di Polemikkan
Isu Tersasul Zahid Yang Di Polemikkan
Selain dari para nabi dan rasul, tidak ada manusia di dunia ini yang maksum atau tidak melakukan kesalahan.
Rasulullah SAW sendiri, walau pun maksum, tetap beberapa kali melakukan kesilapan yang tidak disengajakan.
Tetapi kerana baginda Rasullah SAW maksum, maka setiap kali berlaku kesilapan, maka Allah SWT akan segera menegur dan baginda bertaubat.
Selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW, tidak ada manusia yang maksum.
Sama dia itu adalah raja atau ulamak atau pemimpin atau pun orang awam.
Sediakanlah berapa ramai penasihat pun, kesilapan tetap akan dilakukan.
Cuma maksud dan sifat kesilapan itu yang berbeza, sama ada ianya disengajakan atau pun dilakukan dengan tidak sengaja.
Itu sahaja yang membezakannya, kesilapan tetap kesilapan dan kita diajar oleh Rasulullah SAW agar segera bertaubat dan meminta maaf sekiranya ia berkaitan dengan manusia.
Elakkan Jadi Manusia Bermata Lalat
Sebenarnya isu tersasul mengucapkan dan melaungkan perkataan Israel yang dimaksudkan adalah Palestin, tidak sepatutnya dipolemikkan.
Nama program pun sudah cukup memberitahu kita bahawa itu satu kesilapan yang tidak disengajakan.
Mana mungkin DS Zahid melaungkan perkataan ‘Hidup Israel’ dalam program Solidariti Untuk Palestin dengan disaksikan puluhan ribu rakyat secara berdepan.
Itu tidak termasuk jutaan rakyat Malaysia yang menonton di Youtube.
DS Zahid adalah seorang pemimpin politik dan keberadaan beliau di pentas politik bergantung kepada sokongan rakyat.
Pun begitu, apabila rakaman video tersebut tular di media sosial, dengan segera DS ZahidĀ meminta maaf secara terbuka.
Tetapi ada pihak yang secara berterusan mengambil kesempatan mempolemikkan isu yang sepatutnya tidak menjadi isu.
Paling dikesali ianya dilakukan oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan berbangsa Melayu.
Bukankah kita diajar oleh Rasulullah SAW agar tidak terlalu cepat menjatuhkan hukuman dan mengadu domba?
Lupakah kita pada pesanan orang tua supaya kita tidak memandang sesuatu dengan mata lalat?
Di mana akhlak kita sebagai seorang Islam dan berbangsa Melayu?
Banyak lagi isu penting untuk kita mainkan di platfom media sosial.
Isu bekalan beras, isu kenaikan sara hidup, isu kredibiliti badan penguatkuasa yang semakin dipertikaikan, isu disiplin pelajar sekolah dan berbagai lagi.
Mengapakah isu tersebut yang menjadi pilihan ramai untuk diketengahkan?
Isu Tersasul Zahid Yang Di Polemikkan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap
- Ringgit Mengukuh, Langau Menjauh
- Johari Abdul Ceritakan Pengalaman Di Hari Pembunuhan Ismail Haniyeh Di Iran