Kepala terputus kena kabel elektrik ketika menari, berswafoto atas bangunan
Kepala terputus kena kabel elektrik ketika menari, berswafoto atas bangunan
Guatemala: Remaja berusia 15 tahun terjatuh dari bangunan dua tingkat selepas kepalanya terputus akibat terkena kabel elektrik ketika sedang menari dan berswafoto dengan rakan di La Tinta, Khamis lalu.
Video kejadian ngeri itu turut dirakam penduduk yang berada di situ, lapor New York Post.
Débora Rebeca Xi Artola dilihat berada di atas bumbung bersama tiga rakan, dengan seorang daripadanya sedang merakam gambar, kata El Heraldo mengenai video yang diambil oleh penduduk tempatan yang prihatin.
Mereka dilihat sedang berlatih gerakan tarian di atas bangunan dua tingkat itu apabila Debora terkena kabel elektrik bervoltan tinggi, yang mungkin membunuhnya serta merta.
Satu lagi video lain yang dirakam dari bawah menunjukkan orang ramai bergegas mendapatkan gadis itu yang dipenuhi asap.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ringgit Mengukuh, Langau Menjauh
- Bersatu tidak cukup jantan letak calon Nenggiri, PAS tidak cukup jantan jadi Pengerusi PN.
- Ambiga Bakal PM 11
Keadaan gadis itu amat menyedihkan dengan kepalanya terputus, menyebabkan dia terjatuh kira-kira enam meter dari bangunan itu.
Ibu mangsa, Andrea Xi, berkongsi penghormatan terhadap anak perempuannya di Facebook dengan memuat naik gambar Débora yang tersenyum ketika majlis quinceañera (sambutan hari lahir ke-15) pada Mac lalu.
“Saya menyayangimu selamanya. Puteriku,” antara satu hantaran yang dimuat naik.
Insiden itu kini sedang disiasat, sementara pihak berkuasa berusaha untuk mengesahkan tragedi ngeri itu adalah kemalangan.
Kepala terputus kena kabel elektrik ketika menari, berswafoto atas bangunan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kukuhkan Parti Bukan Berebut Kerusi
- Keputusan Representasi Adam Radlan 4 September
- ADUN Rembia masa lompat tidak fikir tentang anak bini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :