Keputusan Representasi Adam Radlan 4 September

Keputusan Representasi Adam Radlan 4 September

Keputusan Representasi Adam Radlan 4 September

 

Mahkamah Sesyen menetapkan 4 September ini untuk keputusan representasi yang dikemuka Adam Radlan berhubung 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Pertuduhan ke atas Timbalan Ketua Bahagian PPBM Segambut membabitkan projek Jana Wibawa.



Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry memaklumkan perkara itu kepada Hakim Suzana Hussin.

Menurut Fadhly, pihak pendakwaan masih belum memperoleh keputusan representasi itu yang diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 4 Julai lepas.

“Hari ini ditetapkan keputusan representasi, namun pihak kami masih belum mendapat keputusan representasi berkenaan.”

“Hari ini, pihak pendakwaan baru sahaja mendapat tarikh baharu daripada AGC iaitu pada 28 Ogos ini bagi keputusan representasi.”



“Oleh itu, pihak kami juga memohon mahkamah menetapkan satu tarikh sebutan baharu.”

“Ia bagi keputusan representasi selain memohon supaya mahkamah menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya bersambung esok,” kata Mohd Fadhly.

Peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili Adam Radlan, 43, tidak membantah permohonan pihak pendakwaan.

Perbicaraan Akan Di Sambung Selepas Keputusan Representasi

 



Suzana kemudiannya melapangkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan 7 Ogos.

9 Julai lepas, saksi pendakwaan pertama, penolong pendaftar SSM, R Harshini selesai memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes.

Adam Radlan yang berdepan lima pertuduhan rasuah dan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram.

Mengikut pertuduhan, Adam Radlan didakwa atas satu pertuduhan meminta suapan wang tunai 3.5 hingga tujuh peratus daripada nilai projek.



Yang akan diperoleh daripada Mat Jusoh yang merupakan Pengarah Urusan MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd.

Dia turut didakwa menerima suapan RM500,000 daripada individu sama sebagai upah membantu syarikat itu.

Ia bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis.

Ia sebagai pemudah cara projek kerajaan yang dibuat secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.



Adam Radlan juga menghadapi tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4.1 juta daripada Lian dan Mat Jusoh.

Sebagai upah tertuduh membantu Nepturis Sdn Bhd serta MIE Infrastructure & Energy mendapatkan dua projek Jana Wibawa.

Dan juga secara rasuah, meminta wang RM2 juta daripada Lian, sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan projek sama.

Semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.



Boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Adam Radlan turut berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM3 juta.

Di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta AMLA 2001.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya antara Mac 2021 hingga Januari 2023.

 

Keputusan Representasi Adam Radlan 4 September

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button