Kukuhkan Parti Bukan Berebut Kerusi

Kukuhkan Parti Bukan Berebut KerusiKukuhkan Parti Bukan Berebut Kerusi

 

Realitinya, kekuatan parti politik adalah di ukr dari berapa banyak kerusi yang dimenangi dalam pilihanray.

Kerana lebih ramai calon yang menang, maka akan lebih kuat suara parti tersebut di dalam kerajaan yang dibentuk.

Tidak kira sama ada ianya adalah kerajaan pusat atau pun kerajaan negeri.



Dan juga, lebih banyak wakil yang dimiliki di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat, maka akan lebih besar kuasa tawar menawar dalam kerajaan.

Begitu juga, dengan memiliki ramai wakil di dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat, maka akan lebih mudah untuk membawa suara penyokong mereka.

Tetapi malangnya, ada di kalangan politikus muda yang kurang berpengalaman mempunyai pendapat yang songsang.

Bagi mereka, lebih banyak kerusi yang ditandingi maka akan lebih kuat dan berpengaruh parti politik tersebut.



Ternyata mereka terlalu mentah dalam seni politik.

Sekiranya parti politik meletakkan terlalu ramai calon, tanpa mengambilkira faktor peluang kemenangan, ia membawa implikasi yang negatif.

Terlalu ramai calon kalah dalam pilihanraya hanya memberi gambaran parti politik tersebut adalah sebuah parti politik yang lemah.

Inilah berlaku pada parti Pejuang dan MUDA.



Mereka dilihat sudah tidak relevan dalam dunia politik tanah air.

Manakala UMNO, MCA dan MIC pula dilihat sebagai parti politik yang sedang menghadapi defisit sokongan rakyat.

Sekali sesebuah parti politik dilihat semakin lemah, adalah sesuatu yang sukar untuk melakukan kebangkitan semula.

Ianya bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi teori yang sama diguna pakai di seluruh dunia.



Media Sosial Bukan Platfom Yang Sesuai

 

Perebutan kerusi antara UMNO dan Amanah di peringkat negeriĀ Selangor dan Johor sangat mendukacitakan kita semua.

Ukurlah baju di badan sendiri.

Tugas yang paling utama adalah kukuhkan parti dahulu dengan memenangi hati pengundi.



Tidak ada artinya sekiranya kita mempunyai 100 calon yang bertanding di pilihanraya, tetapi yang menang hanyalah 5 orang.

Lebih baik kita hanya meletakkan 30 calon dan kesemua calon kita menang di dalam pilihanraya.

Kalau pun ada perebutan kerusi di antara parti, bawalah ke meja rundingan dan bukannya di siarkan di media sosial.

Ia hanya akan memberikan persepsi negatif terhadap parti.



Rakyat akan beranggapan, parti tersebut terlalu tamak tanpa mengambil kira kemampuan sebenar parti.

Inikah yang kita mahu terjadi kepada parti kita?

 

Kukuhkan Parti Bukan Berebut Kerusi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button