Lydia Rosli Dedah Habis RM200k ‘Pasang Badan’ [VIDEO]
Yakin Untuk Malam Pertama Nanti
Lydia Rosli Dedah Habis RM200k ‘Pasang Badan’ [VIDEO]
Nama usahawan Lydia Rosli mula diperkatakan selepas mengaku mempunyai perasaan dan mahu berkahwin dengan penyampai radio, Tyzo Xander.
Tetapi, Tyzo dikatakan belum bersedia untuk berkahwin kerana sudah terbiasa hidup bujang.
Terbaru, usahawan ini mengaku berhabis ratusan ribu ringgit agar kelihatan cantik untuk bakal suami. Memetik laporan Ohbulan, Lydia melakukan pembedahan yang menelan kos RM200,000 di sebuah hospital swasta.
@lydiarosli 🙂↔️
Pembedahan yang dibuat pada tahun lalu menyebabkan Lydia susut 15 kilogram. Lydia juga secara jujur mengaku mahu mengecilkan badan untuk kelihatan cantik.
Secara jujur, saya rasa lebih cantik ketika umur 47 tahun berbanding zaman muda. Terus ada keyakinan dan rasa nak kahwin semula.
Saya rasa yakin untuk malam pertama nanti. Tetapi, si dia pula yang tak bersedia nak kahwin. Saya anggap itu alasan dan saya hormat keputusan dia. Mungkin ini jalan terbaik untuk saya tambah lagi keyakinan diri.
Meskipun tak jadi kahwin, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini tidak pernah menyesal ‘pasang’ badan.
Dia juga kini semakin yakin dan hatinya sudah terbuka untuk mengenali mana-mana lelaki selepas gagal dengan perkahwinan sebelum ini.
Sebelum ini saya tak ada kawan. Tengok lelaki saya rasa kosong. Sekarang tengok lelaki baru okey. Dulu rasa kosong sebab trauma dengan perkahwinan kedua. Saya tak benci lelaki, cuma rasa tak ada apa-apa dekat mereka. Lelaki tak boleh ubah saya. Saya bekerja keras cari duit masa itu.
Usahawan ini bagaimanapun menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT. Kini, dia bersikap lebih terbuka dan positif.
Lydia Rosli Dedah Habis RM200k ‘Pasang Badan’ [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ringgit Mengukuh, Langau Menjauh
- Bersatu tidak cukup jantan letak calon Nenggiri, PAS tidak cukup jantan jadi Pengerusi PN.
- Ambiga Bakal PM 11
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap