‘Magic mushroom’ – 5 sedut RM5
‘Magic mushroom’ – 5 sedut RM5
JOHOR BAHRU: Semakin ramai kumpulan pelajar sekolah di bandar raya ini dikhuatiri ketagih rokok elektronik (vape) mengandungi ‘cendawan ajaib’ atau magic mushroom yang mudah didapati.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Baru Permas Jaya A, Habib Syed Sallilah Aasad berkata apa yang membimbangkan, kini wujud sekumpulan penjual yang menyasarkan jualan magic mushroom dalam kalangan remaja.
Seorang remaja lelaki yang berkongsi cerita ketagihannya dengan magic mushroom, dia mendakwa terjebak kerana terpengaruh dengan rakan sebaya.
Malah remaja lelaki itu yang berusia 16 tahun berasal dari keluarga asnaf juga mengaku membelanjakan RM5 hingga RM10 setiap kali mendapatkan sedutan magic mushroom.
“Remaja itu mendakwa membayar RM5 bagi lima sedutan manakala RM10 bagi 10 kali sedutan dan kebiasaannya dilakukan di kawasan terbuka termasuk di kedai mahupun di taman permainan kanak-kanak.
“Mereka berani kerana pada pandangan orang lain, mereka hanya menghisap vape.
“Saya pernah mengejar seorang lelaki dewasa yang menagih magic mushroom dan lelaki itu agak agresif dan hampir rempuh saya.
“Difahamkan vape mengandungi Magic Mushroom atau ‘Shroom’ ini mengandungi bahan aktif ‘psilocybin’ iaitu sejenis bahan aktif halusinogen yang sangat kuat.
“Kebelakangan ini ada saja golongan muda dimasukkan ke hospital akibat penggunaan vape yang mengandungi magic mushroom dan keadaan ini amat berbahaya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ringgit Mengukuh, Langau Menjauh
- Bersatu tidak cukup jantan letak calon Nenggiri, PAS tidak cukup jantan jadi Pengerusi PN.
- Ambiga Bakal PM 11
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (Me’didik), Mohd Ridhwan Othman berkata Johor negeri terawal melarang dan tidak membenarkan penjualan rokok elektronik dan vape berkuat kuasa 1 Januari 2016 susulan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar namun kini ia bebas dijual.
“Perlu ada penguatkuasaaan yang lebih telus selain akta berkaitan yang melarang penggunaan vape.
“Kita terkebelakang dalam usaha menangani masalah vape dadah seolah-olah ia bukan lagi ancaman pada negara.
“Malah kerajaan negeri juga seharusnya membuat pendedahan berkaitan penularan penggunaan vape dalam kalangan remaja dan kes direkodkan menerima rawatan di hospital supaya ia boleh memupuk kesedaran ramai,” katanya.
‘Magic mushroom’ – 5 sedut RM5
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kukuhkan Parti Bukan Berebut Kerusi
- Keputusan Representasi Adam Radlan 4 September
- ADUN Rembia masa lompat tidak fikir tentang anak bini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :