Olimpik Paris: Axelsen atlet terbaik dalam sejarah
Olimpik Paris: Axelsen atlet terbaik dalam sejarah
PARIS – Perseorangan lelaki No. 2 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen mempertahankan pingat emas dimenangi tiga tahun lalu selepas menewaskan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada perlawanan akhir Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.
Pada aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, bekas pemain No. 1 dunia itu tidak berdepan masalah apabila mudah mencatat kemenangan menerusi aksi straight-set 21-11, 21-11.
Menerusi kemenangan itu, Axelsen kini menjadi pemain badminton Eropah pertama yang memenangi pingat emas Olimpik sebanyak dua kali berturut-turut, sekali gus menjadikan dia antara atlet terbaik dalam sejarah Sukan Olimpik.
“Pada perlawanan akhir hari ini (kelmarin), saya seolah-olah bermain di laman sendiri kerana begitu banyak bendera merah dan putih (Denmark). Saya gembira kerana ramai penyokong datang ke sini.
“Jika saya masih kompetitif dan boleh beraksi, sudah tentu saya mahu beraksi pada Sukan Olimpik 2028 nanti. Apa yang penting adalah bagi memastikan saya terus catat kemenangan dalam setiap kejohanan disertai,” kata Axelsen.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Anwar Setuju Siasat Semula Kes Teoh Beng Hock, Bagaimana Dengan DS Najib?
Sementara itu, kejayaan diraih pemain berusia 30 tahun berkenaan turut mencuri perhatian raja Denmark, Frederik X yang menganggap pingat emas diraih Axelsen sebagai satu pencapaian membanggakan seluruh negara.
“Ini adalah pencapaian yang cukup baik untuknya, menjadi juara Olimpik buat kali kedua berturut-turut. Amat sukar dipercayai tetapi dia sudah membuatkan semua rakyat Denmark bangga,” ujarnya. – AGENSI
Olimpik Paris: Axelsen atlet terbaik dalam sejarah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ringgit Mengukuh, Langau Menjauh
- Bersatu tidak cukup jantan letak calon Nenggiri, PAS tidak cukup jantan jadi Pengerusi PN.
- Ambiga Bakal PM 11
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap