Penunjuk perasaan bakar hotel, lebih 20 maut

Penunjuk perasaan bakar hotel, lebih 20 maut

Penunjuk perasaan bakar hotel, lebih 20 maut

Penunjuk perasaan bakar hotel, lebih 20 maut

Moscow: Hampir 25 orang terbunuh dan lebih 150 dimasukkan ke hospital selepas penunjuk perasaan membakar sebuah hotel di barat daya Bangladesh, lapor Sputnik pada Selasa, memetik media tempatan.

Angka kematian akibat kebakaran di Hotel Antarabangsa Zabeer di bandar Jashore mencecah 25 orang, lapor The Daily Star, memetik Abdul Kadir, pegawai Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam Bangladesh.



Katanya, penunjuk perasaan membakar hotel itu namun, api berjaya dipadamkan beberapa jam kemudian.

Akhbar Dhaka Tribune melaporkan bahawa lebih 150 pesakit telah dimasukkan ke hospital tempatan berikutan kebakaran itu.

Protes dan tunjuk perasaan bermula di Dhaka dan di seluruh negara selepas pengumuman “tindakan tidak bekerjasama” berbilang hari dengan pihak berkuasa, yang dilancarkan pada Ahad oleh Pergerakan Mahasiswa Anti-Diskriminasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jailani Khamis: UMNO Mahu Saya Bankrap




Pertembungan antara pelajar antikerajaan, polis dan penyokong kerajaan memuncak menjadi rusuhan.

Kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di Dhaka dan bandar-bandar lain di negara itu dari jam 6 petang waktu tempatan pada Isnin sehingga diberitahu kelak.

Isnin, Selasa dan Rabu minggu ini telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan kebangsaan.



Penunjuk perasaan bakar hotel, lebih 20 maut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu Tersasul Zahid Yang Di Polemikkan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button