Isu Lawatan Pegawai Agama Islam Perak Ke Kuil: Mufti Terengganu Ada Jawapannya

Isu Pegawai Agama Perak Lawat Kuil Mufti Terengganu Ada Jawapannya

Isu Lawatan Pegawai Agama Islam Perak Ke Kuil: Mufti Terengganu Ada Jawapannya

 

Tular video lawatan pegawai Jabatan Agama Islam Perak melawat Kuil Sri Maha Kaliamman di Kg Kasipillay, Kuala Lumpur.

Netizen dari parti tertentu dengan segera cuba menjadikannya sebagai isu yang sangat besar.



Lebih membimbangkan kita, hingga ada di antara mereka berani mempersoalkan akidah pegawai yang terlibat dalam lawatan tersebut.

Kredibiliti dan integriti Jabatan Agama Islam Perak tidak terlepas dari kritikan.

Persoalannya, siapakah kita hingga boleh mempertikaikan akidah seseorang dan mempersoalkan kredibiliti jabatan agama?

Layakkah kita untuk berbuat demikian?



Apakah kita mempunyai kredit untuk mengulas isu tersebut tanpa mendengar ulasan dari pihak yang lebih bertauliah?

Mufti Terengganu, Dr Mohamad Sabri Haron memberikan jawapan yang cukup jelas mengenai isu tersebut.

“Tidak boleh kita pergi (rumah ibadat agama lain) tanpa tujuan.”

“Datang memperkenalkan Islam dan untuk berdakwah, dibolehkan.”



“Bukan tujuan menyatakan Islam sama dengan agama lain.”

“Sebab (kedudukan) Islam tinggi dan (agama) satu-satunya yang diperakui Allah SWT.”

“Tidak boleh samakan agama Islam dengan agama lain.”

“Di Malaysia, Islam ialah agama perlembagaan dan ketua agama di negeri-negeri juga ialah orang Islam, jadi kena ikut,”  jelas beliau.



Kita faham, apa yang dimaksudkan oleh Dr Mohamad Sabri mengenai tidak boleh disamakan Islam dengan agama lain.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

 



Ia merujuk kepada ulasan salah seorang pegawai JAIPK yang mengatakan banyak persamaan antara agama Islam dengan agama Hindu.

Itu adalah kesilapan individu yang mungkin dilakukan secara tidak sedar.

Harap pegawai tersebut bertaubat.

Namun kesilapan individu tidak akan mengubah hukum keseluruhan lawatan tersebut.



Jabatan Mufti Pernah Memberikan Ulasan Atas Isu Yang Sama

 

Malah, isu lawatan ke rumah ibadat agama lain juga pernah dikupas oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Antara kupasannya adalah:

“Kami berpandangan bahawa hukum asal seorang Muslim masuk ke dalam rumah ibadat agama lain ialah harus”

“Jika mempunyai tujuan yang diharuskan syarak, seperti untuk berdakwah, memenuhi jemputan berdialog antara agama dan sebagainya.”

“Namun kehadiran sewaktu hari perayaan keagamaan mereka adalah tidak dibenarkan.”

“Alasan pentarjihan kami adalah berdasarkan kepada tsabitnya banyak riwayat daripada sahabat.”

“Sahabat Baginda Nabi SAW yang masuk dan bersolat di gereja.”

“Begitu juga dengan isi perjanjian antara Saidina Umar al-Khattab dengan Ahlu Dzimmah pada zaman beliau.”

“Antara lain menyatakan bahawa mereka tidak akan menghalang kaum Muslimin daripada memasuki gereja.”

“Sama ada waktu siang atau malam.”

“Ini juga antara dalil yang digunakan oleh Imam Ibn Qudamah dalam mengharuskan Muslim memasuki gereja.”

“Lihat Al-Syarh al-Kabir ‘ala Matn al-Muqni’, 10/613.”

Sebagai orang awam, janganlah kita terlalu mudah untuk menghukum apabila berlaku sesuatu isu.

Rujuklah kepada orang atau entiti yang lebih berkelayakan dan berpengetahuan memberikan ulasan.

Ummah sudah cukup bercelaru sekarang ini kerana ramai ulamak media sosial yang lahir tanpa tauliah.

Jangan kita menjadi penyambung lidah mereka.

 

Isu Lawatan Pegawai Agama Islam Perak Ke Kuil: Mufti Terengganu Ada Jawapannya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button