Mahathir tak perlu cabar cari wang disembunyi, memadai lakukan lafaz sumpah
Oleh Adam Malik
Mahathir tidak perlu cabar cari wang yang tersembunyi, memadai lafaz sumpah laknat.
Dalam satu kenyataan baru baru ini yang disiarkan oleh sebuah portal, Mahathir telah melontar cabaran kepada pihak tertentu yang dipercayai ditujukan kepada pihak kerajaan dan Anwar Ibrahim supaya buktikan beliau telah menyorok wang berbilion milik rakyat.
Dalam sindiran itu Mahathir juga dengan berani mencabar pihak yang buat dakwaan supaya sama sama ke Switzerland untuk buktikan wang dicuri telah disimpan disitu.
Pelik juga Mahathir hanya sebut Switzerland , dan tidak sebut Jepun atau Singapura.
Jika adapun di Switzerland pasti Mahathir tidak sebodoh akan menyimpan atas nama sendiri.
Kemudian, semua orang tahu di Singapura ada beberapa akaun dibuka oleh kroni dan proksinya seperti Nor Yakob , Nik Fesal dan keluarga Zeti Aziz.
Kenapa Mahathir tidak nencabar ajak ke Singapura?
Sambil itu Mahathir tergesa gesa menyerah Pulau Batu Puteh kepada Singapura seolah olah takut sesuatu terhadap Singapura.
Ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri kali kedua , Mahathir juga kerap ulang alik ke negara Jepun.
Ulang alik ke Jepun ini ,akibatkan Malaysia berhutang Bon Samurai kepada Jepun dan Mahathir dapat anugerah tertinggi kerajaan Jepun.
Hutang ditanggung oleh rakyat Malaysia tapi Mahathir yang dapat pingat sebab Jepun hargai Mahathir.
Persoalan, adakah apa apa kebaikan hutang itu sehinggaJepun anugerah Pingat?
Mahathir juga tidak respon ketika ICIJ mendedahkan kroni dan proksi nya Tun Daim miliki jutaan wang diluar negara dalam pendedahan Kertas Pandora.
Semua orang tahu Tun Daim telah membuka banyak bank diluar negara ketika era kehilangan wang FOREX RM30 bilion.
Datuk Seri Najib turut memperli hal ini dalam laman Facebook nya tetapi Mahathir buat bodoh.
Beberapa hari lalu tiba tiba Mahathir cabar yang mendakwa beliau sorok wang diluar negara agar nembuktikan nya.
Sememang sukar membuktikan kerana wang dialihkan telah berlaku lama dulu dan sukar membuktikan nya hari ini.
Tambah lagi jika adapun sudah pasti bukan atas nama sendiri pun.
Mahathir ramai kroni kaya, mungkin sudah diparkir atas nama bilionair bilionair yang sedang berniaga dan bahagian nya dipegang oleh mereka, hatta Mahathir sangat sayang mereka.
Mahathir pernah marah Najib apabila ketahui LHDN era Najib menyiasat syarikat milik kroni nya.
Ketika Mahathir berada di Jakarta pun Mahathir sanggup beri kenyataan Najib sedang menyiasat syarikat kawan kawan nya.
Kenapa Mahathir perlu risau atau menyibuk jika yang disiasat LHDN syarikat milik kroni nya?
Adakah terganggu sesuatu bahagian Mahathir?
Najib pernah sindir Mahathir berkenaan “waive” cukai syarikat POGH ketika Mahathir menjadi PM.
Namun Mahathir tidak berani respon balas.
Najib juga sindir Kadir Jassin berkenaan syarikat yang dipegang oleh Kadir ada lah bagi pihak Mahathir , terus Kadir Jasin membisu dan tutup laman blog nya untuk “friend” sahaja.
Hari ini Mahathir mencabar dan memperli Kerajaan untuk cari wang berbilion yang didakwa beliau sembunyi.
Pelik, Mahathir mohon tangguh banyak kali kepada SPRM untuk submit istyiar harta anak dan diri sendiri, namun berani cabar.
Harta sendiri dan anak anak pun Mahathir sukar untuk senaraikan Lagi berani hendak cabar.
Apa yang elok dan sesuai untuk Mahathir ada lah laksanakan lafaz sumpah WWW bahawa beliau tidak sorok dimana atau atas nama sesiapa.
Manusia mungkin mudah ditipu, namun tiada siapa boleh tipu Allah.
Jika berada dalam kebenaran dan konon difitnah sila lafaz sumpah seperti Najib.
Lafazkan jika menipu seluruh keluarga timpa musibah dari Allah, dan jika benar yang memfitnah ditimpa laknat.
Itu baru berani .
Jika tidak berani , elok diam sahaja.