Anak warga emas mati rentung di Pagoh diminta tampil beri keterangan

Oleh – Syeikh Baran


Anak warga emas mati rentung di Pagoh diminta tampil beri keterangan
RUMAH yang didiami dua warga emas bersama dua cucu musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar awal pagi hari ini.

Polis meminta anak kepada dua warga emas yang mati rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini awal pagi tadi, tampil membantu siasatan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, lelaki yang dikenali sebagai Azman Mohamed berusia 40an merupakan ahli keluarga yang tinggal bersama mangsa ketika kejadian.



 

“Polis kini sedang mengesan seorang lagi mangsa dikenali sebagai Azman, merupakan anak kepada kedua-dua warga emas yang meninggal dunia itu.

“Azman tinggal bersama mangsa dan dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian.

“Polis meminta penama tersebut tampil dengan segera bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

RAIZ MUKHLIZ

Raiz Mukhliz berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menghubungi talian hotline IPD Muar ditalian 06-9564800.



Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi tadi, sepasang suami isteri warga emas ditemui rentung bersama seorang selepas rumah didiami mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini hangus dijilat api.

Mangsa meninggal dunia ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan isterinya, Ara Abdul Hamid, 76, serta cucu mereka, Noradriana Nor Hisyam, 11.

Kejadian malang itu turut menyebabkan seorang lagi cucu mereka, Norazima Mohd. Radhi, 14, mengalami kecederaan pada kepala dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button