Baru keluar lokap, sudah kena tahan semula

Oleh – Syeikh Baran


Baru keluar lokap, sudah kena tahan semula
Gambar Hiasan

Seorang wanita yang baru dilepaskan dua hari lalu daripada tahanan lokap telah ditangkap bersama seorang lelaki kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti mencuri motosikal di daerah Kerian semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kehilangan sebuah motosikal milik seorang lelaki berusia 36 tahun kira-kira pukul 8.24 pagi semalam.



 

“Bertindak atas laporan tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian telah membuat risikan.

“Hasil dari risikan tersebut, polis telah berjaya menangkap seorang lelaki berusia 28 tahun bersama seorang wanita berumur 24 tahun di sebuah inap desa di Kuala Kurau,” katanya di sini semalam.

Menurut Juna, hasil serbuan itu telah menemukan semula motosikal yang dilaporkan hilang.

“Hasil saringan ke atas kedua-dua suspek turut mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine. Pemeriksaan rekod lampau juga mendapati suspek lelaki mempunyai satu rekod berkaitan dadah,” katanya



Katanya, suspek wanita yang baharu dua hari dibebaskan dari lokap IPD Kerian atas kesalahan dadah pula mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau melibatkan dadah dan jenayah.

Tambahnya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button