Berjuta-juta udang naik ke darat

Oleh – Syeikh Baran


Berjuta-juta udang naik ke darat
Tangkap layar menunjukkan udang yang naik ke darat daripada sungai Taluda di Gorontalo. – TikTok @bj_story26

Satu klip video tular di media sosial memaparkan berjuta-juta udang kecil yang naik ke darat dan berkumpul di muara sebatang sungai di Gorontalo, Sulawesi, lapor saluran berita Detik semalam. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bj_story26, beberapa penduduk tempatan dilihat menangkap udang-udang tersebut. 



Malah, ada yang meletakkan udang itu di dalam botol dan beberapa baldi yang dibawa dari rumah.

Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Erfin Simpi berkata, fenomena itu pertama kali berlaku dan mengejutkan orang ramai.

“Yang kami tahu, fenomena udang naik ke darat ini pertama kali berlaku,” kata Erfin.

“Jadi saya menangkapnya dengan tangan. Udang yang ditangkap ini saya letak di dalam dua baldi berwarna putih dan hijau. Ada juga di dalam botol,” tambahnya.



Fenomena itu dikesan sekitar pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) di Sungai Taludaa kelmarin. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button