Pemilik pikap tak perasan kucing tergantung semasa dibawa ke klinik

Oleh – Syeikh Baran


Pemilik pikap tak perasan kucing tergantung semasa dibawa ke klinik
Tangkap layar seekor kucing terikat pada belakang sebuah pikap semalam.

Pemilik sebuah pikap yang tular membawa seorang kucing dalam keadaan tergantung pada bahagian belakang kenderaan itu semalam mendakwa yang dia tidak menyedari kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Chong Boo Khim berkata, polis di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah telah menerima satu laporan berhubung kes viral di media sosial kira-kira pukul 5.29 petang hari sama.



Menurutnya, hasil siasatan mendapati pengadu yang merupakan seorang lelaki warga tempatan telah menjumpai seekor kucing jalanan di sekitar rumahnya di kawasan Simpang Ampat.

“Pengadu mengatakan yang kucing tersebut dijumpai dalam keadaaan tidak terurus dan kemudiannya membawa haiwan peliharaan itu ke sebuah klinik.

“Tujuan pengadu membawa kucing tersebut adalah bagi memandulkan haiwan itu. Semasa dalam perjalanan ke klinik, pengadu tidak menyedari kucing yang diletakkan di bahagian belakang cuba melompat keluar dan tergantung.

“Lelaki (pengadu) hanya menyedari kejadian berlaku setelah sampai di klinik haiwan dan bertindak membukakan ikatan tali pada leher kucing tersebut,” katanya di sini hari ini.



Boo Khim memberitahu lagi, kes dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak memanipulasikan kes viral yang boleh menyebabkan kekeliruan.

“Orang ramai disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kebenarannya,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan pengguna media sosial semalam mengecam satu gambar tular memaparkan keadaan seekor kucing putih yang terikat pada belakang but sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD).



Rata-rata pengguna menggesa pemilik kenderaan itu tampil memberi keterangan berhubung kejadian sebenar berlaku di media sosial.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Dr. Saira Banu Mohamed akan mengadakan satu sidang akhbar berkaitan pada pukul 3 petang ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button