PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina

Oleh Adam Malik

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina

Selalu nya bab ceramah, PAS adalah juara dari semua parti yang ada dalam Malaysia.



Penceramah PAS boleh ceramah dari pagi sampai kemalam.

Namun,ceramah ustaz ustaz PAS selalu berkisar berkenaan hal dan kesalahan pihak lawan sahaja.

PAS amat jarang sekali mahu berbual tentang perilaku buruk berkenaan kesilapan yang dilakukan oleh pihak sendiri.



Ini kerana ahli PAS tidak miliki sifat rendah diri.

Kelulusan agama akibatkan orang PAS terasa diri mereka lebih suci dari orang lain atau “holier than thou” walau mereka lebih jahil dalam bab bab lain.

Pada isu terkini dimana terdedah skandal kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan hampir 62,000 ekar tanah dalam bentuk pajakan selama 99 tahun kepada taikun Cina,hampir semua jentera dan sitro PAS langsung tidak cuba berhujah atau menjelaskan kepada rakyat.



Selepas Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden PAS terkantoi memberi jawapan tidak jujur dengan kenyataan sejengkal tanah pun tidak diluluskan.

Semenjak itu atas sifat bersalah dan terkantoi semua aktivis PAS cuba elak dari bual isu pajakan tanah kepada bukan Melayu.

Di PRK Nenggiri pceramah PAS cuba kaitkan UMNO dengan DAP seolah olah umno ikut telunjuk DAP tanpa PAS dapat senaraikan apa yang sudah digadai oleh umno kepada DAP.

Ia sekadar ploy untuk menutup dan mengalih isu PAS yang sebenarnya yang akur kepada taikun Cina.



PAS sudah hampir 30 tahun lebih perintah Kelantan langsung tidak pandai jana pendapatan seperti negeri Pahang.

Sebalik nya tanah negeri sentiasa jadi korban untuk PAS jadikan punca cari wang.

Kembali kepada topik diatas ,demi mengalihkan tumpuan rakyat bahawa PAS akibatkan tanah negeri tergadai maka PAS berani bual hal ehwal umno sahaja.

Annuar Musa dan Ahmad Fadhli juga sibuk bercerita hal umno untuk mengelak kantoi bab tanah.



Cara ini PAS boleh selamatkan diri dari tersepit dengan hipokrasi dan munafik.

Rakyat Nenggiri harus sedar siapa itu PAS.

Dihadapan rakyat PAS main isu perkauman dan Melayu Islam terancam, dan Umno itu DAP ,tapi dibelakang rakyat PAS serah puluh ribu ekar tanah sebagai Pajakan kepada taikun Cina.

Rakyat Nenggiri harus Selamatkan negeri Kelantan dari jadi milik taikun Cina secara perlahan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button