Remaja 13 tahun lapor polis selepas ditampar isteri kekasih

Oleh – Syeikh Baran


Remaja 13 tahun lapor polis selepas ditampar isteri kekasih
Remaja tersebut diserang isteri teman lelakinya. – Berita Satu

Seorang remaja berusia 13 tahun membuat laporan polis selepas dia ditampar oleh isteri teman lelakinya, lapor laman berita Ini Riau semalam.

Kejadian berlaku di Rokan Hilir, wilayah Riau.



Berdasarkan sebuah video tular di laman sosial, seorang wanita dilihat menampar pelajar tersebut berkali-kali sambil disaksikan beberapa wanita lain.

Kesan pukulan menyebabkan bibir mangsa berdarah.

Menurut laporan, mangsa ialah pelajar berusia 13 tahun, manakala wanita yang memukulnya merupakan isteri teman lelakinya.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai A, kejadian itu berlaku pada Julai lalu.



Ketika sedang berjalan dengan rakannya, dia secara tiba-tiba ditampar oleh wanita tersebut.

Katanya, dia tidak mengetahui bahawa teman lelakinya sudah mempunyai isteri dan anak.

Kejadian itu menurutnya membuatkan dia sering diejek rakan-rakan sekolah dan dilabel sebagai ‘perampas suami orang’.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.



Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kubu, Bripka Hardiansyah, pihaknya telah meminta maklumat daripada saksi, mangsa dan pelaku yang didakwa. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button