Budak maut kebakaran rupanya bedah siasat muka hancur, kepala dihentak

Oleh – Syeikh Baran


Budak maut kebakaran rupanya bedah siasat muka hancur, kepala dihentak
KEADAAN rumah yang musnah dijilat api sehingga meragut tiga nyawa dalam kebakaran di Kampung Sekolah Paya Redan, Pagoh, Muar semalam.

Hasil bedah siasat ke atas seorang kanak-kanak yang terkorban bersama datuk dan neneknya dalam kebakaran rumah di Kampung Sekolah Paya Redan, Pagoh di sini semalam mendapati punca kematiannya dipercayai akibat ketukan pada bahagian kepala.

Keputusan ke atas bedah siasat jenazah Noradriana Nor Hasyim, 11, diperolehi bapanya, Nor Hasyim Mohd Taher, 43, selepas membuat proses pengecaman di Unit Forensik, hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini semalam.



“Apa yang boleh saya katakan, anak saya meninggal disebabkan kesan ketukan di kepala, keadaan muka dia hancur sebab bekas ketukan benda tumpul.

“Kita juga masih tak tahu punca sebenar, kesan kebakaran dekat dia tak teruk sangat,”katanya ketika ditemui selepas pengebumian arwah anaknya itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, Pagoh di sini hari ini.

Nor Hasyim

Arwah Allahyarhamah Noradriana selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.38 pagi hari ini dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga dan penduduk kampung.

Sementara itu, Nor Hasyim berkata, jenazah ibu dan bapa mentuanya, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan isterinya, Ara Abdul Hamid, 76,  masih belum dikebumikan berikutan perlu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).



Ujarnya, keadaan mayat kedua-dua orang tuanya itu rentung 80 peratus dan menyukarkan pihak hospital untuk memastikan mayat mangsa.

“Berdasarkan maklumat daripada pihak hospital paling lewat pun selama tujuh hari untuk menentukan DNA tersebut. Hari ini ahli keluarga terdekat akan diambil darah untuk melalui proses padanan DNA,”katannya.

Sementara itu, menurut jiran mangsa yang dikenali Rozana berkata, ketika kejadian, anak tiri Nor Hasyim, Norazima Mohd Radhi, 14, yang turut menjadi mangsa sempat menyelamatkan diri.

Katanya, Norazima melarikan diri kerana dipercayai dipukul bapa saudaranya.



“Ketika itu saya membantu penduduk kampung dan pasukan bomba untuk mencari punca air berdekatan, namun tiba-tiba saya dipeluk Norazima dalam keadaan menangis.

“Saya bawa balik rumah dia beritahu dia dipukul bapa saudaranya. Dia tak cakap banyak macam dalam keadaan terkejut,”katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, sepasang suami isteri warga emas ditemui rentung bersama seorang selepas rumah didiami mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini hangus dijilat api.

Mangsa meninggal dunia ialah  Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan isterinya, Ara Abdul Hamid, 76, serta cucu mereka, Noradriana Nor Hisyam, 11.



Kejadian malang itu turut menyebabkan seorang lagi cucu mereka, Norazima Mohd Radhi, 14, mengalami kecederaan pada kepala dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button