Mujur pisau terkena tudung, bukan leher ustazah – Guru

Oleh – Syeikh Baran


Mujur pisau terkena tudung, bukan leher ustazah – Guru
Keadaan kecederaan dialami guru besar sskolah itu dalam kejadian berkenaan.

‘Mujur pisau dilibas suspek itu hanya terkena tudung ustazah (guru besar) dan tidak mencederakan lehernya,”.

Demikian kata guru Sekolah Agama Rakyat Kafa Ehsaniah, Kelana Jaya, Ezzatul Umairah Ezlyshah, 29, berhubung kes dua wanita cedera diserang lelaki berpisau di kawasan surau berdekatan sekolah itu hari ini.



Ezzatul memaklumkan semasa kejadian terdapat beberapa guru termasuk guru besar berusia 50-an dan murid berada di kantin serta surau tersebut pada waktu rehat, kira-kira pukul 1.40 petang.

“Tidak lama kemudian, saya terkejut mendengar bunyi jeritan kuat dan bergegas keluar ke tempat kejadian bagi mendapatkan kepastian.

“Saya terkejut melihat ustazah cedera dikelar pada perut dan tangan selepas terserempak dengan suspek yang dipercayai turut mencederakan seorang lagi wanita lain,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Shah Alam (HSA) di sini, petang tadi.

Ezzatul berkata, suspek memakai pelitup muka dan menaiki sebuah kereta yang diparkir di sekolah tersebut.



Ujarnya, berdasarkan maklumat anak ustazah itu yang turut berada di sekolah berkenaan menyatakan ibu mereka menuju ke surau selepas terdengar bunyi jeritan meminta tolong.

“Namun, ustazah ternampak seorang wanita berada di tembok tandas surau dan bertanyakan suspek ‘kenapa’ sebelum dia dilibas dengan pisau,” ujarnya.

Tambah Ezzatul ,mangsa wanita lain dipercayai sedang mengambil wuduk.

“Wanita itu bukan guru atau pelajar sekolah ini dan pergi ke surau untuk menunaikan solat Zuhur dan difahamkan cedera di kepala dan perut serta menerima rawatan di HSA,” katanya.



Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan seorang guru besar wanita cedera akibat diserang lelaki bersenjatakan pisau ‘rambo’ di sebuah sekolah agama di Kelana Jaya di sini tengah hari tadi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button