Seleweng dana RM1.5 juta, tiga individu termasuk CEO ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Seleweng dana RM1.5 juta, tiga individu termasuk CEO ditahan
Tiga individu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) disyaki menyeleweng dana RM1.5 juta milik sebuah syarikat tersenarai awam membabitkan projek pembinaan dan perlombongan bernilai kira-kira RM80 juta.

Susulan itu, perintah reman selama empat hari bermula hari ini hingga 12 Ogos terhadap dua suspek lelaki dan seorang wanita berusia 40 hingga 50-an dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM.



Menurut sumber, kesemua suspek telah ditahan sekitar pukul 7 petang hingga 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek bukan sahaja disyaki menyeleweng dana RM1.5 juta milik sebuah syarikat tersenarai awam membabitkan projek pembinaan dan perlombongan bernilai kira-kira RM80 juta.

“Tetapi ketiga-tiganya turut dipercayai terlibat dalam menubuhkan sebuah syarikat yang tidak diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah bagi tujuan menjalankan projek kerjasama yang bernilai kira-kira RM258 juta.

“Selain itu, mereka juga disyaki terlibat menyeleweng dana kutipan sewaan hartanah milik syarikat tersebut bernilai kira-kira RM3 juta,” katanya hari ini.



Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button