Cef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan

Oleh – Syeikh Baran


Cef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
Keadaan kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan pikap di lorong kecemasan di kilometer 234, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, tengah malam tadi.

Seorang cef maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal ditunggang melanggar kenderaan di lorong kecemasan di Kilometer 234, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, mangsa, Mohammad Farid Amirul Ab.Rahim, 21, bekerja di salah sebuah pusat penginapan di Melaka disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.



Menurutnya, rakan mangsa iaitu perempuan berusia 20 tahun yang menjalani Internship Chef di pusat penginapan yang sama mengalami retak tulang bahu dan kecederaan di bahagian leher serta telah dikejarkan ke Hospital Rembau bagi rawatan lanjut.

“Kemalangan ini membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggangi mangsa dan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 23 tahun.

“Siasatan awal mendapati semasa kejadian penunggang dari arah Melaka hendak menghala ke Kajang dengan menunggang di lorong kecemasan.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, penunggang motosikal telah terlanggar bahagian belakang pacuan empat roda yang ketika itu baru sahaja berhenti di lorong kecemasan kerana hendak merapatkan bonet belakang,”andkatanya kepada pemberita, di sini, hari ini.



Ujar Shaik lagi, mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button