Empat ditahan merusuh lepas tembakan di pusat hiburan

Oleh – Syeikh Baran


Empat ditahan merusuh lepas tembakan di pusat hiburan
Gambar Hiasan

Empat lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pergaduhan sehingga melepaskan tembakan di sebuah pusat hiburan di Pudu, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 3.45 pagi semalam berkaitan satu pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di pusat hiburan itu.



Katanya, pihaknya juga menemukan tiga butir kelongsong peluru dan dua peluru hidup di tempat kejadian.

“Akibat dari pergaduhan tersebut, seramai empat lelaki warga tempatan yang berusia lingkungan 29 hingga 40 tahun telah cedera dipercayai disebabkan oleh senjata tajam.

“Kesemua mereka telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang namun telah dibenarkan keluar dari hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran kejadian itu, pihak polis telah menahan mereka terlibat untuk membantu siasatan.



Jelas beliau, kesemua suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut untuk disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

“Polis Kuala Lumpur memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang melanggari undang-undang,” katanya.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur ditalian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button