PAS Kelantan perkukuhkan ekonomi bukan Melayu.

Oleh Adam Malik.

PAS Kelantan perkukuhkan ekonomi orang kafir, macam ayam kuat berkokok, tapi punggung gelumang najis.

Setiap kali ada musim pilihanraya, tidak kira lah PRU atau PRK, maka PAS perlu bermain naratif kaum dan agama.



Ini sahaja modal utama yang PAS ada.

Semenjak PAS memeluk erat kaki Mahathir dan Muhyiddin. PAS semakin galak guna naratif agama dan kaum.

Dalam siri terbaru sempena pilihanraya kecil DUN Nenggiri , ada penceramah PAS terlihat begitu celupar seolah olah seperti orang hilang akal dan berada dalam keadaan cemas takut kalah telah melabelkan pihak lawan sebagai kafir harbi.

Tindakan desperado ini telah akibatkan pihak kena tuduh membuat dua laporan Polis.



 

Kenapa PAS begitu tertekan sedangkan apa apa keputusan tidak menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan?



Mungkin isu terbaru dan isu besar berkenaan terdedah nya kerajaan PAS Kelantan telah menyerah bukit , gunung dan hutan sebanyak 60,000 ekar sebagai pajakan kepada Orang Cina atau orang bukan Islam sangat memalukan PAS.

Tambah lagi PAS sering memperli dan menyindir UMNO bersama sebuah parti orang Cina dalam kerajaan Perpaduan.

Kemudian pula Tuan Ibrahim didapati berbohong konon nya sejengkal tanah pun tidak diserah seperti didakwa.
Sifat takbur PAS yahg sentiasa pandang diri sebagai lebih Islam dari UMNO kini makan diri.

Semua rakyat yang sudah tahu akan cerita PAS lulus ribuan ekar tanah kepada orang Cina kini mula fikir dua kali untuk menyokong PAS.



Di fahami PAS terpaksa memburuk kan UMNO kerana PAS tidak dapat bercerita kepada rakyat apa kemajuan dan kebaik kan yang PAS telah lakukan untuk rakyat di empat negeri yang diperintah terutama nya Kelantan.

 

Sambil mulut pemimpin PAS caci hubungan antara parti UMNO dengan PH yang ada DAP, dan PAS bermain naratif Islam dan Melayu terancam , tiba tiba PAS rupa nya yang bersekongkol dengan taikun Cina yang pastinya pengundi DAP kerana hampir 95% orang Cina bersama DAP.

Tiada langsung nampak kelibat nama Melayu dalam senarai yang dapat pajakan tanah Kelantan 99 tahun.



Ibarat ayam jantan yang kuat berkokok atas reban dipagi hari, tapi punggung nya penuh bergelumang ta hik, itu lah PAS.

Sudah itu, ayam itu sangka matahari terbit kerana dia berkokok,
Namun satu hari ia terlambat bangun apabila dipanjat bumbung reban rupanya Matahari terbit juga tidak perlu tunggu ia berkokok.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button