Pemain bola bawa kerambit bebas dengan jaminan, kertas siasatan dirujuk TPR

Oleh – Syeikh Baran


Pemain bola bawa kerambit bebas dengan jaminan, kertas siasatan dirujuk TPR
Gambar tular memaparkan seorang pemain bola sepak didakwa menggunakan kerambit dalam pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak.

Lelaki tempatan yang ditahan kerana membawa senjata tajam dalam perlawanan bola sepak di Padang Bola Sepak KLFA, Desa Melati, di sini, baru-baru ini, dibebaskan dengan jaminan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, bagaimanapun kertas siasatan kes tersebut sudah lengkap dan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk cadangan pertuduhan, hari ini.



“Cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Teman wanita masih dalam tahanan imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

8 Ogos lalu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun didapati membawa masuk senjata tajam dalam perlawanan bola sepak.

Suspek ditahan bersama teman wanitanya yang juga warga asing berusia 21 tahun di sebuah rumah di Klang, Selangor, kira-kira pukul 6.30 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button