Pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah: Apa yang kita tahu setakat ini

Oleh – Syeikh Baran


Pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah: Apa yang kita tahu setakat ini
Suspek yang juga bekas kekasih Istiqomah disambung reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan dijumpai dibuang di dalam tong sampah di dalam longkang yang ditemui pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Berikut antara perkara yang perlu diketahui berhubung kejadian tersebut setakat ini:



26 Disember 2023
– Cikgu Istiqomah dikatakan telah menghilankan diri daripada keluarga dan tidak pulang ke rumah, manakala telefon bimbit beliau juga gagal dihubungi.

27 Disember 2023
– Pihak keluarga membuat laporan polis berkaitan kehilangan Cikgu Istiqomah dan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan mengenai laporan kehilangan wanita itu yang diterima pada pukul 12.36 tengah malam.

– Kereta dipandu Cikgu Istiqomah ditemui di parkir sebuah pasar raya dekat Kota Masai, Johor Bahru berhampiran rumahnya.

– Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pasar raya berkenaan, kelihatan seorang lelaki keluar daripada kenderaan itu, sebaliknya kelibat Cikgu Istiqomah tidak kelihatan.



31 Disember 2023
– Suasana di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang dekat Alor Gajah, Melaka gempar dengan penemuan mayat seorang wanita berbogel tanpa kepala, kaki dan tangan yang dibuang di dalam tong sampah di dalam longkang sekitar pukul 2 petang.

– Lokasi penemuan mayat adalah di tepi jalan raya dan terletak kira-kira 100 meter daripada sebuah rumah kosong.

6 Januari 2024
– Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya percaya kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki si mati telah dipotong. Anggota badan yang hilang bagaimanapun tidak ditemui di kawasan tersebut.

2 Ogos 2024
– Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ibu kepada Cikgu Istiqomah diambil oleh Data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.



12 Ogos 2024
– Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan yang dijumpai dibuang di dalam tong sampah di dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, pada 31 Disember tahun lalu adalah milik Cikgu Istiqomah.

– Hasil siasatan ujian DNA ibu mangsa adalah sepadan.

– Susulan itu, polis menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak yang disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.

– Kedua-dua mereka telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 6 sehingga 12 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



– Terbaharu, suspek lelaki yang juga bekas kekasih Cikgu Istiqomah disambung reman selama tujuh hari bermula esok selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Dr. Teoh Shu Yee hari ini.

– ⁠Suspek dan mangsa berkenalan ketika menuntut di sebuah institusi pendidikan yang sama.

– Polis percaya suspek dan mangsa berhubung bagi membincangkan pelaburan forex.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button