Pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah: Masih ada anggota badan belum ditemui

Oleh – Syeikh Baran


Pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah: Masih ada anggota badan belum ditemui
ASHARI.

Polis masih lagi mengesan bahagian anggota badan guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, setakat ini proses bedah siasat mayat termasuk bahagian badan dan kepala yang dipotong suspek telah selesai dilakukan di Unit Forensik Hospital Melaka, hari ini.



“Jenazah bagaimanapun masih belum boleh dituntut oleh waris kerana terdapat anggota badan yang belum ditemui.

“Pasukan kita masih lagi mengesan anggota badan yang hilang dan sekiranya semuanya telah ditemui jenazah itu akan diserahkan kepada waris,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan pihak polis mengesahkan mayat tanpa kepala, kaki dan tangan yang dijumpai dibuang di dalam tong sampah di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, pada 31 Disember tahun lalu adalah milik guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi.

Ashari berkata, hasil siasatan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman ke atas ibu mangsa pada 2 Ogos baru-baru ini adalah sepadan dengan mayat ditemui.



Katanya, susulan itu polis menahan seorang suspek lelaki berusia 37 tahun dan isterinya, 36 tahun di Chemor, Perak selepas disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.

“Siasatan yang dijalankan ke atas kedua-dua individu tersebut telah membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa di kawasan berhampiran tempat mayat ditemui.

“Kita menemui tulang jari dan kepala tidak jauh dari lokasi penemuan mayat, kira-kira lima hingga enam kilometer,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button