Pesara kerajaan bakal dituduh beri keterangan bercanggah kepada SPRM

Oleh – Syeikh Baran


Pesara kerajaan bakal dituduh beri keterangan bercanggah kepada SPRM
Gambar Hiasan

Seorang pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki memberi kenyataan tidak selari dan bercanggah kepada pegawai agensi itu pada kira-kira pada enam tahun lalu.

Sumber berkata, suspek berusia 60-an ditahan sewaktu memberi keterangan di pejabat SPRM Segamat, Johor pada pukul 11.30 pagi.



“Sebelum ini dia telah dipangggil untuk dirakam percakapan pada September 2018 dan Ogos 2019.

“Begitupun, sewaktu dipanggil semula pada September 2021, penyataannya didapati tidak selari dengan sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid yang dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, suspek akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 27(1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 di Mahkamah Sesyen di sini esok.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button