Warga asing tawar ‘wang perlindungan’ RM400 ditahan SPRM

Oleh – Syeikh Baran


Warga asing tawar ‘wang perlindungan’ RM400 ditahan SPRM
Jurujual farmasi warga asing direman selepas menawarkan wang perlindungan terhadap penguat kuasa DBKL.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang jurujual warga asing disyaki menawarkan rasuah RM400 kepada seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pemberian wang itu disyaki supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas premisnya yang menjalankan perniagaan farmasi.



Susulan itu, suspek lelaki berusia 30-an dibenarkan perintah reman selama empat hari sehingga Rabu ini oleh Majistret Shairil Farhana Ruslan selepas permohonan dibuat SPRM pagi tadi.

Menurut sumber, suspek telah ditahan sekitar pukul 9 malam setelah dibawa oleh penguat kuasa DBKL berkenaan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati sebuah farmasi di rumah kedai dua tingkat sekitar Kuala Lumpur beroperasi tanpa lesen dan dikendalikan oleh warga asing.

“Semasa pemeriksaan dibuat terhadap premis tersebut, penjaga premis yang juga merupakan seorang warga asing gagal mengemukakan lesen perniagaan dari DBKL



“Suspek juga dipercayai telah menawarkan sejumlah wang RM400 kepada seorang penguat kuasa DBKL supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap premis tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button