Warga Singapura dalang sindiket dadah RM21.8 juta diberkas

Oleh – Syeikh Baran


Warga Singapura dalang sindiket dadah RM21.8 juta diberkas
Kok Chin menunjukkan dadah yang dirampas bernilai RM21.8 juta pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini. Foto Oleh NURUL NAJWA HASRAN/ KOSMO!

Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM21.8 juta dengan penahanan dua individu termasuk seorang lelaki warga Singapura di sekitar ibu negara, kelmarin.

Sindiket tersebut dipercayai berselindung disebalik kedai ubat bagi menyimpan bekalan dadah yang diperoleh dari luar negara sebelum dipasarkan sekitar Lembah Klang.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, serbuan pukul 2 petang itu bermula dengan tangkapan seorang lelaki tempatan di sebuah kedai ubat sekitar Taman Desa Petaling, di sini.

Katanya, lelaki berusia berusia 48 tahun disyaki berperanan sebagai ‘runner’ ditahan bersama 209.65 kilogram (kg) erimin 5 di sebuah bilik dalam premis itu.

“Kita percaya kedai tersebut disewa pada kadar RM3,000 sebulan dan ia merupakan sebuah kedai ubat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Susulan tangkapan itu, Kok Chin berkata, seorang lelaki warga Singapura pula ditahan kira-kira 30 meter dari lokasi serbuan pertama.



Jelasnya, dalang sindiket berusia 64 tahun itu ditangkap ketika berada di dalam sebuah kenderaan mewah bersama 5.55 kg pil ekstasi yang diletakkan di tempat letak kaki penumpang hadapan.

“Semakan terhadap kedua-dua suspek mendapati tiada rekod jenayah lampau dan negatif daripada sebarang pengaruh dadah.

“Dalang ini pernah ditahan namun dibebaskan dengan jaminan akibat tidak cukup bukti,” katanya.

Tambah Kok Chin, kesemua dadah seberat 212.2 kg yang dirampas bernilai RM21.8 juta.



Jelas beliau, sindiket ini dipercayai aktif sejak Januari lalu serta rampasan dadah boleh digunakan seramai 1.1 juta penagih.

Kata Kok Chin, kesemua suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button