Datuk Nora Ariffin, diceraikan oleh suaminya, Dr. Rushdi Ramli

Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita yang mengejutkan

Datuk Nora Ariffin, diceraikan oleh suaminya, Dr. Rushdi Ramli

Datuk Nora Ariffin, diceraikan oleh suaminya, Dr. Rushdi Ramli

Berita ini diumumkan secara langsung oleh Nora sendiri menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini, di mana Dr. Rushdi melafazkan talak satu.

Datuk Nora Ariffin, diceraikan oleh suaminya, Dr. Rushdi Ramli



 

Video tersebut memaparkan Dr. Rushdi, yang merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya, melafazkan cerai dengan tenang dan jelas, menandakan berakhirnya ikatan perkahwinan mereka yang bermula pada hujung tahun 2021.

“Saya yang bernama Rushdi bin Ramli dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah Taala,” demikian lafaz Dr. Rushdi dalam video tersebut. Lafaz ini disusuli dengan kenyataan ringkas daripada Nora yang menzahirkan rasa syukur bahawa segalanya telah selesai.

Datuk Nora Ariffin, diceraikan oleh suaminya, Dr. Rushdi Ramli



 

“Alhamdulillah, selesai. Allah SWT sahaja yang tahu,” tulis Nora dalam kapsyen yang mengiringi video tersebut, tanpa memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai punca perceraian.

Pengumuman ini telah mengejutkan ramai pihak, terutamanya kerana sebelum ini, timbul spekulasi bahawa rumah tangga mereka berantakan.

Namun, Nora menafikan spekulasi tersebut dan menegaskan bahawa hubungan mereka masih dalam keadaan baik. Pada waktu itu, Nora dengan tegas menyatakan bahawa beliau masih bergelar isteri kepada Dr. Rushdi.



Datuk Nora Ariffin, diceraikan oleh suaminya, Dr. Rushdi Ramli

 

Nora, atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, berkahwin dengan Dr. Rushdi dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna pada penghujung tahun 2021. Sebelum perkahwinan ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Johan Nawawi, pada tahun 1992. Pasangan itu dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.



Namun, kehidupan Nora tidak terlepas daripada dugaan. Pada 24 Mac 2017, Johan Nawawi meninggal dunia pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, meninggalkan Nora sebagai ibu tunggal kepada empat cahaya mata.

Datuk Nora Ariffin, diceraikan oleh suaminya, Dr. Rushdi Ramli

 

Dugaan tidak berhenti di situ; pada 13 Disember 2019, Nora sekali lagi diuji dengan pemergian anak kedua mereka, Muhammad Syakir Aliff, yang ketika itu baru berusia 20 tahun.



Perceraian ini pastinya menambah lagi episod duka dalam hidup penyanyi yang dikenali dengan lagu-lagu penuh emosi seperti “Di Persimpangan Dilema”.

Para peminat dan rakan-rakan dalam industri hiburan mengungkapkan rasa simpati mereka di media sosial, mendoakan agar Nora diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

Walaupun punca sebenar perceraian ini tidak didedahkan, Nora memilih untuk menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.

Datuk Nora Ariffin, diceraikan oleh suaminya, Dr. Rushdi Ramli

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Menang, Tanah Hilang

 

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button