Kabinet Akan Di Rombak Lagi?

Kabinet Akan Di Rombak Lagi?

Kabinet Akan Di Rombak Lagi?

 

Khabar angin mengenai kabinet akan sekali dirombak oleh Anwar Ibrahim semakin bertiup kencang.

Malah tiupan khabar angin kencang dari Putrajaya juga membawa berita, seorang menteri dari potfolio penting akan digugurkan.



Siapakah menteri tersebut dan apakah potfolio yang dimaksudkan, belum dap[at dipastikan.

Lebih penting lagi, mengapakah beliau digugurkan dan siapakah yang bakal menggantikan kekosongan tersebut?

Manakala seorang menteri besar dijangka akan ditarik ke pusat untuk menjawat jawatan menteri.

Adakah beliau akan mengisi kekosongan potfolio yang dikosongkan oleh menteri yang bakal digugurkan?



Atau akan ada rombakan lain?

Namun begitu, ketika ditanya oleh pengamal media, Anwar Ibrahim, seperti biasa akan menafikan kesahihan berita tersebut.

“Saya tidak dengar apa-apa.”

“Baru saya diberitahu.”



“Macam mana saya tak dengar lagi?,” katanya selepas melancarkan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersilan Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ketika ditanya mengenai seorang menteri besar yang akan dibawa ke pusat, secara sinis Anwar berkata, boleh jadi lepas PRU, InSsya Allah.

Sumber berpengaruh PKR menyebut, seorang menteri dari parti itu mungkin akan dipindahkan ke kementerian lain atau digugurkan.

“Prestasi individu ini dipersoalkan, dan dijangka akan digugurkan atau dipindahkan ke kementerian lain,” jelas sumber tersebut.



Satu lagi sumber dari DAP memaklumkan, sekiranya berlaku rombakan kabinet, ianya dijangka akan dilakukan akhir Ogos ini.

Kali kabinet dirombak adalah pada Disember tahun lalu dengan menambahkan jumlah menteri daripada 29 orang kepada 31.

V Sivakumar dari DAP digugurkan sebagai menteri sumber manusia.

Manakala bekas pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai menteri kewangan kedua.



Turut kembali sebagai menteri adalah Gobind Sing Deo dari DAP sebagai menteri digital.

Dzulkefly Ahmad dari PAN dilantik sebagai menteri kesihatan dan Johari Ghani dari UMNO sebagai menteri perladangan dan komoditi.

 

Kabinet Akan Di Rombak Lagi?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button