PAS, Arak Dan PRK Nenggiri

PAS, Arak Dan PRK Nenggiri

PAS, Arak Dan PRK Nenggiri

 

Sebaik sahaja calon yang bertanding di pilihanraya kecil DUN Nenggiri diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, maka dengan rasminya pentas kempen dibuka.

Pilihanraya kecil DUN Nenggiri kali ini sekali lagi menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara calon Kerajaan Perpaduan dengan calon Perikatan Nasional.



Kerajaan Perpaduan meletakkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Manakala Perikatan nasional pula meletakkan Mohd Rizwadi Ismail dari parti PPBM/PN.

Agak berbeza dengan senarion pilihanraya kecil sebelum ini, pengundi dari kalangan Orang Asli memainkan peranan yang sangat penting.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan pengundi Orang Asli merupakan king maker dalam pilihanraya kecil DUN Nenggiri.



Tidak menghairankan apabila sama ada jentera pilihanraya dari Kerajaan Perpaduan atau pun Perikatan Nasional berkampung di perkampungan Orang Asli.

Secara tradisi, Orang Asli di parlimen Gua Musang akan memberikan undi kepada calon dari UMNO/BN.

Pengaruh pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh (Ku Li) memang sukar untuk dicabar.

Jadi tidak menghairankan apabila Perikatan Nasional kini dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Nenggiri.



Seiausaha Agong PPBM, Hamzah Zainuddin, merayu kepada masyarakat Orang Asli di Nenggiri supaya memecahkan undi.

Sebahagian Orang Asli yang sebelum ini mengundi Barisan Nasional supaya mengundi Perikatan Nasional.

Alasan Hamzah adalah supaya parti politik merasakan mereka terlalu kuat hingga boleh mempermainkan Orang Asli.

Agak pelik alasan yang diberikan Hamzah.



Sekiranya beliau mahu kerajaan yang memerintah cakna, sepatutnya beliau menyeru Orang Asli supaya menyokong calon Kerajaan Perpaduan.

Bukankan parti yang membentuk kerajaan negeri di Kelantan adalah Perikatan Nasional?

Dan kemenangan calon Perikatan Nasional akan memudahkan kerajaan negeri beraja di mata dan bersultan di hati.

Jangan Jual Agama Demi Kemenangan Pilihanraya

@acik.mantera



♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

 

Namun begitu, apa yang lebih menyedihkan kita semua adalah apa yang dilakukan pemimpin PAS di DUN Nenggiri.

Demi untuk memancing undi Orang Asli di DUN Nenggiri, pemimpin PAS sanggup merasuah orang Asli dengan arak!!!



Bukankah selama ini PAS mendakwa bahawa mereka adalah parti yang tegas menegakkan hukum Allah SWT.

Benar, orang Asli yang diberikan arak buka orang Islam.

Lidah rasmi PAS, Harakah Daily, pernah menyiarkan artikel yang ditulis oleh Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia, Harun Esa.

Beliau membariskan 10 golongan yang dilaknat Rasulullah SAW yang berurusan dengan arak.

Antara 10 golongan tersebut adalah orang yang membawa arak.

Jadi apa pendirian PAS berkaitan isu ini?

Jangan menunggang agama hanya kerana mahu menang pilihanraya.

 

PAS, Arak Dan PRK Nenggiri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button