Pengasas Temu kini individu terkaya di China

Pengasas Temu kini individu terkaya di China

Pengasas Temu kini individu terkaya di China
COLIN Huang. FOTO CNS / AFP / China OUT

Beijing: Usahawan teknologi dan e-dagang di bawah jenama Temu, Colin Huang menjadi orang terkaya di China, menurut Indeks Bilionair Bloomberg.

Kekayaannya kini mencecah RM216.18. bilion dan beliau menggantikan Zhong Shanshan, raja air botol negara ini yang memegang gelaran orang terkaya China sejak April 2021.

Kebangkitan luar biasa Huang, 44, didorong oleh perubahan tabiat membeli-belah China selepas krisis hartanah negara itu berubah menjadi kelembapan yang berpanjangan.



Beliau juga menjadi taikun teknologi pertama yang mendahului kedudukan dalam senarai individu terkaya dalam tempoh lebih tiga tahun, selepas tekanan kerajaan ke atas perniagaan swasta menjerat pesaing seperti Alibaba Group Holding Ltd di bawah Jack Ma.

“Ma dan Jeff Bezos menjadi pemimpin korporat pada waktu mereka, tetapi zaman berubah dan Huang melihat kejayaan besar dengan pendekatan yang berbeza dan kurang kelihatan,” kata Brock Silvers, pengarah urusan di firma ekuiti swasta Kaiyuan Capital.

Tidak seperti Ma, guru Bahasa Inggeris yang bertukar menjadi pengasas Alibaba, Huang mewakili generasi baharu usahawan teknologi China yang memulakan kerjaya mereka dengan peluang di peringkat global.

Pada usia 12 tahun, bakat Matematik luar biasa dimiliki membuatkannya mendapat tempat di Sekolah Bahasa Asing Hangzhou, yang juga institusi pendidikan yang elit.



Selepas menamatkan pengajian dengan ijazah sains komputer dari Universiti Zhejiang, beliau meninggalkan China pada 2002 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat.

Dua tahun selepas menamatkan pengajian, Huang kembali ke tanah air untuk membantu Google China.

Huang mengasaskan syarikat pertamanya pada 2007, kemudian menjualnya pada 2010 untuk memulakan perniagaan baharu yang membantu empayarnya meluaskan pengaruh di laman web seperti Taobao atau JD.com.

Masalah kesihatan iaitu jangkitan telinga menyebabkan Huang bersara pada 2013 dan mencipta idea untuk platform e-dagang, Pinduoduo (untuk pasaran tempatan) dan kemudiannya, Temu (untuk pasaran global).



Pengasas Temu kini individu terkaya di China

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Menang, Tanah Hilang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button