Anjing gigit bateri bateri ion litium, cetus kebakaran di rumah

Anjing gigit bateri bateri ion litium, cetus kebakaran di rumah

Anjing gigit bateri bateri ion litium, cetus kebakaran di rumah
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan insiden berkenaan. FOTO Jabatan Bomba Tulsa

Washington: Seekor anjing menjadi punca kebakaran sebuah rumah di Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat (AS), selepas ia menggigit bateri ion litium.

Portal ABC News melaporkan, insiden itu dikongsikan Jabatan Bomba Tulsa yang baru-baru ini mengeluarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika kebakaran pada Mei lalu itu.

Rakaman video menunjukkan bateri telefon bimbit mudah alih itu menyala dan terbakar, menyebabkan dua anjing dan seekor kucing, berlari.



Jurucakap jabatan bomba, Andy Little berkata, rumah itu mengalami kerosakan akibat kebakaran, namun haiwan peliharaan itu sempat melarikan diri melalui pintu anjing dan tidak cedera

“Bagaimanapun, keadaannya mungkin lebih teruk jika tiada cara untuk melarikan diri atau jika keluarga itu sedang tidur pada masa itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Menang, Tanah Hilang




“Bateri, yang biasa digunakan untuk mengecas telefon bimbit, terkenal kerana menyimpan sejumlah besar tenaga dalam ruang yang padat.

“Bagaimanapun, apabila tenaga itu dilepaskan secara tidak terkawal, ia boleh menjana haba, menghasilkan gas mudah terbakar dan toksik malah boleh mengakibatkan letupan,” tambahnya.

Pendedahan haba yang melampau, kerosakan fizikal, pengecasan berlebihan dan penggunaan peralatan pengecasan yang tidak serasi boleh menyebabkan peranti terbakar.

Little juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati dengan bateri ion litium, termasuk menjauhkannya daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.



Anjing gigit bateri bateri ion litium, cetus kebakaran di rumah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wujudkan Krisis Baru Untuk Alih Tumpuan Kes Pulau Batu Puteh



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button